19 Nov 2014

E-Book PERCUMA : "Sorry Boss!! Saya Terpaksa Berhenti Kerja"


Assalamualaikum,

Baru-baru ni kecoh satu Malaysia harga minyak naik 20sen. Nampak macam sikit tetapi hakikatnya ia memberi kesan yang besar dalam kehidupan seharian kita. Bole dikatakan semua harga barang keperluan harian kita naik. Gaji bulanan pula masih banyak itu sahaja. 

Ramai yang dah sedar termasuk diri saya sendiri untuk melakukan kerja lain atau part-time untuk menampung kos sara hidup yang semakin tinggi. Saya juga sedar bahawa dengan hanya bekerja makan gaji kita akan menjadi semakin miskin.

Baru-baru ini kecoh di media-media sosial bahawa pendapatan dari RM3500 kebawah adalah tergolong dalam golongan miskin. Rata-rata rakyat Malaysia berpendapatan RM3500. Ini bermakna ramai la orang miskin di Malaysia ini dan memerlukan bantuan.

TERBUKA HATI UNTUK BERNIAGA

Selain daripada hendak menambah pendapatan keluarga, saya bercita-cita untuk menjadi WAHM (Work At Home Mom). Dengan menjadi WAHM saya mempunyai banyak masa untuk menguruskan rumah saya sendiri dan yang paling utama adalah anak saya sentiasa berada di depan mata saya. Dengan bekerja makan gaji, saya hanya mempunyai waktu beberapa jam sahaja di waktu malam bersama dengan anak dan keesokkan pagi nya sebelum jam 7.00 pagi saya dah keluar ke tempat kerja dan menghantar ke pengasuh.

Tempat kerja saya jauh dari rumah. Rumah saya di Kuala Lumpur dan pejabat saya berada di Bangi. Setiap hari perjalanan saya untuk ke tempat kerja kira-kira 35km (pergi sahaja). Anda bayangkan bila waktu balik kerja saya terpaksa menempuh kesesakkan untuk masuk ke Kuala Lumpur. Saya penat dan letih apabila sampai di rumah. Kadang-kala saya kasihan dengan anak saya kerana tidak dapat melayan dia bermain.

Disebabkan itu saya nekad, satu hari nanti saya mampu bekerja sendiri dan secara online kerana saya boleh menghabiskan banyak masa dirumah bersama keluarga. Saya mula membuat carian di internet untuk mencari perniagaan apa yang saya nak buat dan memenuhi matlamat saya. Pencarian saya berakhir dengan pertemuan ebook ini.

Alhamdulillah rasa syukur sangat dipertemukan dengan ebook ini. Setelah menyelami isi kandungannya saya menjadi bertambah yakin dan bersemangat untuk keluar dari kepongpong saya yang selesa dan biasa-biasa. Sekarang saya bercita-cita untuk menjadi yang luar biasa dan hebat!

Ebook ini memeberi kesedaran kepada saya bagaimana seorang individu yang tak pernah berniaga, tiada ilmu langsung dalam berniaga dan pendiam tetapi berjaya membuat jualan sebanyak RM1 Juta dalam masa 9 bulan sahaja melalui online tanpa menggunakan sebarang kos pengiklanan.

Ia juga memberi kesedaran kepada saya bahawa jika kita hendak berniaga, kita tidak boleh niat untuk berniaga kerana hendak menjadi kaya. Kita kena niat kita berniaga adalah untuk membantu kehidupan orang lain. Jika kita berjaya membantu kehidupan orang lain Insya-Allah kita akan terpaksa kaya dan berjaya.

Pengajaran yang saya dapat lagi, jika kita berniaga kita perlu istiqamah dan konsisten. Kita perlu fokus dan sentiasa positif. Banyak lagi tips-tps dan pengajaran mengenai perniagaan di dalam ebook tersebut. Ia sangat bermanfaat kepada diri saya.

SAYA NAK BAGI PERCUMA

Oleh kerana ebook ini sangat bermanfaat dan terlalu banyak ilmu di dalamnya. Saya ingin kongsikan kepada anda supaya anda dapat meraisainya sendiri. Anda boleh download ebook ini secara PERCUMA. Ya.. PERCUMA.

Saya berikan ia secara PERCUMA kerana saya mahu menambah nilai hidup anda. Saya mahu anda berjaya. Saya mahu anda bahagia di dunia dan akhirat.

Jika selama ini anda tidak pernah berniaga dan tidak tahu bagaimana untuk berniaga. jom.. saya tunjukkan jalan pintas kepada anda untuk berjaya.

Anda baca dan hayatilah ebook yang saya kongsikan ini. Semoga ia menjadi inspirasi kepada anda untuk lebih berjaya suatu hari nanti.


SILA DOWNLOAD EBOOK PERCUMA DI :


HARAPAN SAYA

Jika tidak keberata saya mohon untuk anda tekan button share di bawah. Kalau boleh saya mahu lebih ramai mendapat manfaat daripada ebook ini.

Mungkin perkongsian anda dapat mengubah kehidupan rakan-rakan anda yang lain. Sama-samalah kita mencari pencen kubur.

Saya memohon anda semua mendoakan saya mampu mencapai bonus 5 angka 2015 nanti. Itu lah impian saya pada hari ini

Terima kasih meluangkan masa membaca entry ini.


No comments:

Post a Comment