13 Apr 2015

3 Tips Permudahkan Kejayaan



Assalamualikum WBT

Saya yakin semua orang ingin mencapai kejayaan dengan mudah . Ada ke cara untuk berjaya dengan mudah??? Jawapannya, tidak ada. Sememangnya tiada cara untuk itu. Tetapi pasti ada cara-cara untuk mempermudahkan kita untuk mencapai kejayaan tersebut.

Cara-cara ini sudah terbukti berkesan dan telah dilakukan oleh mereka-mereka yang sudah pun berjaya.




Sumber : IrfanKhairi
#1-  DUPLICATE/TIRU ORANG YANG TELAH BERJAYA

Untuk mencipta kejayaan. Kita tidak perlu bersusah payah untuk mencipta sekali lagi kitaran dan cara-cara untuk berjaya. Segalanya sudah tercipta. Jadi, tak guna dan buang masa sahaja kita ciptakannya sekali lagi.

Maksud disini adalah kita hanya perlu pelajari dan teliti usaha, teknik, strategi, semangat, sikap, cara, kaedah dan apa sahaja yang dilakukan oleh orang yang telah berjaya selagi ia tidak melanggar batas-batas agama.

Menurut penyelidikan Dr Thomas Stanley, orang yang sangat-sangat berjaya dalam bidang yang mereka ceburi menghabiskan masa bekerja dan berusaha sebanyak 70-80 jam seminggu. Jumlah ini adalah lebih dari waktu berkerja dari 9 pagi - 5 petang. Adakah anda sudah berusaha sebanyak itu???


#2- BERGAUL DENGAN MEREKA YANG TELAH BERJAYA

Bargaullah dan kelilingilah diri anda dengan mereka yang berjaya. Ini kerana mereka yang berjaya sentiasa bersemangat, bermotivasi tinggi, berfikiran positif, mempunyai matlamat dan visi yang jelas dan seumpamanya. Bak kata pepatah " Jika hendak terbang setinggi helang, jangan pula sentiasa bersama ayam belanda di atas tanah ".

Berjumpa dan berkenalan lah dengan orang-orang yang mempunyai ciri-ciri diatas. Ibarat seperti bersenam. Jika kita hanya melakukan senaman seorang diri dirumah, pasti kita kurang semangat dan tenaga. Tetapi sekiranya kita pergi ke gym pasti kita lebih bersungguh dan bersemangat kerana melihat ramai yang sedang bersenam dan berpeluh tanpa henti. Akhirnya kita sendiri yang lebih bertenaga dan berpeluh tanpa henti.

❝ Kenali dan dampingi kelompok kenalan yang dapat memberi semangat kepada anda untuk berjaya, dan bukannya menjatuhkan semangat anda - Irfan Khairi 


#3- JADIKAN USAHA SEBAGAI TABIAT

Sentiasa konsisten dalam usaha anda. Jangan hanya berusaha keras untuk jangka masa yang tertentu sahaja. Yang paling penting konsisten dalam usaha yang dilakukan. Walaupun anda hanya berusaha sedikit tetapi konsisten. Insya-Allah lama kelamaan anda pasti berjaya. Apabila kita konsisten, lama kelamaan ia akan menjadi tabiat dalam diri kita sendiri.


Melakukan usaha dengan pantas dan bersemangat sememangnya penting untuk berjaya. Tetapi ianya tidak akan menjadi sekiranya anda tidak konsisten. Jika anda mahu berusaha dengan pantas, kuat dan bersemangat mana pun boleh. Tetapi biarlah ia konsisten dan dilakukan setiap hari

Sediakan jadual mingguan untuk diri anda. Tuliskan matlamat yang ingin anda capai setiap hari dalam jangkamasa seminggu. Jadual ini akan membuatkan anda lebih teratur dan konsisten dalam usaha anda untuk berjaya. Jadikan sebagai tabiat dan kewajipan untuk anda sediakan jadul mingguan ini. Pastinya perjalanan usaha anda akan lebih teratur dan anda lebih mudah memperoleh kejayaan.

❝ Sememangnya, untuk berjaya tiada cara yang mudah. Kalau ada yang kata boleh berjaya dengan mudah, tipu la tu. Namun pasti ada cara-cara untuk PERMUDAHKAN kejayaan anda. - Irfan Khairi




Klik Gambar Untuk Download

Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Che'pah

018-2232305 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]

latifah.fazri@gmail.com
FB : Latifah Sahhari

**Jika dirasakan entry ini memberi manfaat dan mampu mengubah kehidupan orang lain, Mohon tekan button Share dibawah ini. Mungkin sedikit sebanyak ia akan memberi penghidupan baru buat mereka.

4 comments:

  1. Salam Latifah, yelah, arwah mak saya pernah cakap, "kalau nak pandai berkawanlah dengan org2 pandai..." masa tu saya masih di bangku sekolah rendah lagi...dan lagi satu kata2 arwah mak yang mmg awesome, "kalau nak kelihatan cantik jgn duduk dalam kelompok org2 yang cantik"... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. "kalau nak kelihatan cantik jgn duduk dalam kelompok org2 yang cantik" first time dengar heheeh.. tapi mmg betolla tu.. :-)

      Delete
  2. Seperti kita tahu kalau berkawan dgn penjual minyak wangi walau kita tak jual tempias wanginya kita dpt rasa tapi kalau dgn tukang besi bau karatnya tempias pada kita juga..

    ReplyDelete
  3. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete