28 Nov 2014

Anda Mengalami Masalah Gout???



Assalamualaikum,


Minggu lepas saya pulang ke kampung, mak saya ajak saya temankan dia pergi ziarah atuk saudara saya yang sedang sakit. Biasa saya panggil dia Atuk Teh. Atuk Teh sakit dah dekat 5 bulan, dia kena strok dan sekarang terlantar lansung tak boleh bergerak. Sedih saya tengok keadaan Atuk Teh. Yang buat saya bertambah sedih, Nek Teh (isteri beliau) yang biasa  menjaga beliau pula kena serangan penyakit gout. 

Teruk jugak gout Nek Teh. Dia kata sakit sangat nak berjalan. Saya lihat ada bonjol-bonjol di bahagian sendi-sendi kaki. Allahhuakbar tak sangka saya penyakit gout seteruk ni. Saya memang biasa dengar penyakit gout. Saya ingat penyakit gout tu biasa-biasa je, tak sangka pula ia serious.

Disebabkan itu, saya terpanggil untuk buat entry pasal penyakit gout ni. Mana tau kalau ada yang macam saya ingat penyakit gout ni boleh diambil ringan. Bila saya dah tengok sendiri baru saya tahu kesakitan dia tu tak tergambar.


Creadit to : reiki-malaysia.com
APA ITU GOUT??

Gout ni adalah sejenis penyakit akibat daripada asid urik berlebihan di dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuhan dari jenis protien yang dipanggil purin. Badan kita akan membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin). Bagi pesakit gout, asid urik yang berlebihan tidak dapat dibuang dan ia berkumpul di dalam sendi.

Gout merupakan penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi. Pada zaman dahulu, Gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal. Biasanya penyakit ini sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan umur antara 30 hingga 60 tahun. Jarang hihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.


TANDA-TANDA GOUT
  • ia biasanye menyerang ibu jari kaki.
  • Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
  • Serangan biasanya berlaku secara tiba-tiba dan biasanya semalaman.
  • Sendi yang diserang menjadi bisa sehingga geseran selimut pun menjadi amat menyakitkan.
  • Jika tidak dirawat, sakita mungkin berlarutan berhari-hari atau sehingga 1-2 minggu ntuk reda.
  • Sakit mungkin akan kembali menyerang selepas berminggu atau bulan,
  • Sendi-sendi yang biasa diserang adalah seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.

KOMPLIKASI
  •  Asid urik akan berkumpul di bawah kulit dam membentuk benjolan di panggil 'tophi'.
  • Ia juga boleh berkumpul dalam salur urinari (air kencing) dan membentuk batu karang.
  • Penghidap gout juga biasanya menghidapi masalah kesihatan lain seperti kegemukkan, darah tinggi, hiperlipidemia dan diabetis.
Gambar dari Google

 Gambar dari Google

Gambar dari Google

RAWATAN

Gout adalah penyakit yang boleh sembuh tetapi anda harus mengambil langkah untuk mengatasinya. Disebabkan gout disebabkan oleh asid urik yang belebihan di dalam badan, anda haruslah mengelakkan faktor-faktor yang boleh menambahkan paras asid urik tersebut.


PEMAKANAN

Elakkan Makan
  • Organ dalaman seperti hati,paru-paru, gunjal dan otak
  • ikan bilis, kembung, sardin
  • Daging cincang
  • Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging.
  • Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang.
Kurangkan Makan
  • Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam.
  • Peanuts, kacang merah, beans dan kacang peas.
  • Roti jagung dan bijirin.


PENCEGAHAN
  • Rehatkan sendi semasa serangan gout.
  • Ubat anti-radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi. Walaupon ia mendatang kesan sampingan seperti sakit perut, jika digunakan dalam masa yang singkat kesan sampingan jarang berlaku.
  • Ubatan lain seperti colchicine juga boleh diambil. Ia amat berkesan tetapi boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit-birit (hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
  • Steroid (hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor). lazimnya ia disuntik di terus ke sendi yang radang. Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa yang pendek. Walaubagaimanapun ianya tidak boleh diambil berpanjangan.
  • Sentiasa peka dengan tanda-tanda awal serangan. Jika dirawat dari awal, penyakit tidak akan melarat.
  • Menjaga berat badan - kegemukkan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan.
  • Elakkan minuman keras
  • Pemakanan - elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi
  • ubah cara hidup anda untuk memastikan asid urik yang normal.
  • Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan gout.
  • Apabila mengambil Allopurinol, ianya perlu diambil secara berterusan.
  • Jangan mengubah atau menghentikan dos Allopurinol semasa serangan gout.
  • Minum banyak air.
  • Gout boleh diwarisi tetapi faktor persekitaran juga meminkan peranan.


DIANTARA MAKANAN YANG BOLEH MERENDAHKAN TAHAP ASID URIK

Perasa Dan Rempah
  • Cuka epalcider (Apple Cider Vinegar) - berupaya menghancurkan kristas asid urik dengan menukar ph darah kepada keadaan yang lebih alkali.
  • Tambah 1/3 cawan halia yg dikisar dalam tub mandi - untuk menggalakkan badan berpeluh dan membuang asid urik dari sistem badan. Bilas bersih selepas mandi untuk melindungi kulit anda.
Sayur-Sayuran
  • Alfalfa tinggi dengan mineral dan nutrien lain yang boleh mengurangkan serum asid urik dalam darah.
  • Daun pasli adalah diuretik yang hebat, ia membantu dalam meningkatkan jumlah air kencing yang seterusnya menggalakkan penyingkiran asid urik.

Buah-Buahan Dan Sayuran

Buah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan antioksidan yang membantu badan anda mempertahankan dirinya daripada jangkitan dan penyakit. Buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan antioksidan seperti buah ceri, tomato, bell pepper dan squash boleh menbantu mengurangkan gejala batu karang.


Hadiahkan Nek Teh Set Gout Shaklee

Sebab terlalu kasihan nengok Nek Teh yang kesakitan saya pun terus bukak bonet kereta tengok suppliment apa yang ada. Alhamdulillah suppliments untuk gout ada. Betul-betul ada satu jer Performance Drink. Rezeki Nek Teh.. Selepas saya terangkan cara pengambilan suppliments tersebut, kami pun pulang. Syukur dapat tinggalkan Nek Teh dengan suppliments set gout. Semoga Nek Teh cepat sembuh dan mudah untuk menjaga  Tuk Teh lepas ni. Tapi saya pesan dengan Nek Teh ubat doktor jangan tinggalkan. Ikut betul-betul arahan doktor. Kawal pemakanan sangat penting.


Cadangan Set Gout Shaklee

Pinjam dari Google - tak sempat nak tangkap gambar

Testimoni Set Gout

Isteri hadiahkan suami set gout. Selepas dilihat set gout berkesan si isteri terus join jadi member Shaklee. Lebih kurang macam saya juga ni. 

Performance Drink didalam set gout boleh digantikan dengan Advance Joint Health Tablet dan Ostematrix. Ditukar atas kesesuaian dan budget.


Kepada sesiapa yang menderita sakit gout, dapatkan lah rawatan yang sewajarnya. jaga lah kesihatan anda. Sihat itu sunnah. Kepada yang nak cuba set gout shaklee boleh lah hubungi saya seperti dibawah.



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 

Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Che'pah untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

LATIFAH MD SAHHARI
Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire
Shaklee ID : 
1169847

latifah.fazri@gmail.com
018-328 2544 [ SMS, WhatsApp,Telegram]
018-2232305 [Call]

**Jika dirasakan entry ini memberi manfaat dan mampu mengatasi masalah orang lain, Mohon tekan button Share dibawah ini. Mungkin ia akan membantu mereka yang megalami masalah yang berkaitan.

No comments:

Post a Comment