9 Apr 2015

10 Sebab Utama Anda Sukar Hamil



Assalamualikum WBT

Entri kali ini saya ingin kupaskan mengenai punca-punca sukar untuk hamil. Saya pasti ramai yang tidak tahu punca mengapa mereka sukar untuk hamil. Salah satu sebabnya adalah mereka malu untuk melakukan pemeriksaan lanjut di hospital. Malah mereka sanggup menunggu bertahun-tahun tetapi masih tidak berjaya mendapat zuriat.


Kepada pasangan yang sudah bertahun-tahun mendirikan rumah tangga dan tidak merancang tetapi masih gagal dikurniakan zuriat untuk segera melakukan pemeriksaan lanjut secepat mungkin sebelum terlewat. Peluang untuk mendapatkan zuriat lebih cerah sekiranya anda menghadapi masalah untuk hamil dan diberi rawatan seawal mungkin.


MENGAPA SUKAR UNTUK HAMIL

1. Mandul
Kemandulan bagi wanita boleh berpunca daripada ketidakseimbangan hormon. Ia hanya berlaku kepada segelintir wanita sahaja. Ada yang memang sejak dilahirkan sudah mandul atau ada yang pada asalnya tidak mandul dan menjadi mandul.

Bagi kes yang tidak mandul dan menjadi mandul, ia boleh terjadi kerana hormon terhakis oleh gaya hidup, pemakanan serta penggunaan bahan kosmetik yang mempunyai pelbagai bahan kimia yang mematikan sel endoktrin.

Jadi berhati-hati lah yer kepada mereka yang memakai produk kecantikkan yang boleh menjadikan kulit anda licin macam telur dalam jangka masa yang singkat. Ini kerana kebiasaannya ia mengandungi bahan kimia terlarang seperti mercury, hidrokinon, tretenoin dan lain-lain lagi. Bahan-bahan ini akan meresap pada darah dan akan memberi kesan pada badan. Ia juga akan memberi kesan kepada bayi sekiranya anda hamil pada ketika itu.

Mandul juga boleh terjadi disebabkan penyakit di dalam faraj dan rahim. Ia adalah dua benda yang berbeza yer. Selain dari itu penyakit dalam saluran tiub falopio dan kegalan ovulasi juga boleh boleh menyebabkan anda mandul.

2. Fibroid


Sekiranya anda mempunyai masalah fibroid. Jangan risau, anda masih berpeluang untuk hamil. Punca fibroid adalah disebabkan terlebih hormon estrogen. Bagi anda yang menghadapi masalah fibroid. Anda perlu menjalankan pemeriksaan lanjut dengan mengeluarkan dahulu fibroid tersebut untuk membolehkan anda hamil. Anda juga tidak boleh mengambil ubat-ubatan atau herba yang boleh merangsang penghasilan hormon estrogen kerana ia akan menyebabkan fibroid anda membesar.

3. PCOS ( Polycistic Ovarian Syndrome )


Ia terjadi disebabkan berlebihan hormon androgen dan kekurangan hormon estrogen. Ini menyebabkan kegagalan ovulasi, hormon tidak stabil, kitaran haid terganggu, haid sikit atau berpanjangan, berat badan bertambah, kerintangan insulin meningkat, masalah kulit, cyst kecil di ovari dan hirsutism ( lebihan bulu pada badan atau rambut gugur ) seperti tumbuh rambut pada kaki, muka dan dada.

4. Endometriosis



Ia berlaku kerana tisu endometrium yang sepatutnya berada di dalam rahim tumbuh diluar rahim. Ia mirip lapisan uterus kerana akan mengeluarkan darah setiap bulan ketika haid berlaku. Jika darah haid keluar melalui vagina, tetapi darah dari tisu endometriosis ini tidak dapat dibuang. Maka ia menyebabkan tisu berparut dan sakit pada kawasan tersebut.

Simpton masalah endometriosis :
  • Inflamasi
  • Sakit yang teramat ketika haid. Terutama diakhir menstruasi
  • Ketulan darah yang sangat besar
  • Haid yang sangat banyak / pendarahan luar biasa.
  • Ovarian Cyst
  • Sakit ketika buang air besar
  • Darah tompok-tompok sebelum haid
  • Tidak subur
  • Sakit di bahagian bawah pinggangSakit semasa hubungan seksual

5. Tiub Fallopio Tersumbat


Tiub fallopio adalah laluan untuk membawa telur keluar dari ovari ke uterus. Jiak ia tersumbat telur tidak boleh keluar ke uterus. Antara sebab tiub fallopio tersubat adalah :
  • Penyakit inflamasi pelvik (PID)
  • Endometriosis
  • Fibroid
  • Mengandung luar rahim

6. Telur Yang Tidak Sihat
Terdapat banyak faktor yang memberi kesan kepada kesihatan ovari dan telur, ia termasuk faktor persekitaran, hormon, stress, cara hidup dan penuaan. Antara sebab-sebab telur tidak sihat : 
  • Gaya hidup yang tidak sihat - meroko, tidak jaga makan, stress, pencemaran dll
  • Hormon tidak seimbang
  • Genetik
  • Organ peranakkan yang rosak
  • Sakit seperti menjalani kemotherapi kerana barah
  • Kecelaruan
  • Penuaan

7. Bilangan Sperma Yang kurang


Menurut ilmu perubatan, bilangan sperma yang sihat adalah 20 juta dalam 1ml. Sekiranya kurang daripada jumlah itu termasuk dalam sebab tidak subur kerana kurang bilangan sperma. Beberapa sebab sperma berkurangan : 
  • Gaya hidup tidak sihat- merokok, pemakanan tidak sihat, stress, pencemaran, pemakaian pakaian yang ketat dll
  • Antibodi yang anti-sperma
  • Genetik
  • Sakit seperti menjalani kemotherapi kerana barah

8. Sperma Tidak Sihat


Sperma Yang Tidak Sihat


Sperma yang tidak sihat adalah termasuk motility ( gerakan sperma, ekornya ) dan morphology ( bentuk sperma dan DNA ). Masalah ini lebih kurang dengan masalah kurang sperma. walaubagaimanapun tidak semua lelaki yang mengalami masalah kurang sperma mengalami masalah sperma yang tidak sihat dan sebaliknya.

9. Antibodi Yang Anti-Sperma
Ia boleh terjadi pada wanita dan lelaki. Antibodi terbentuk secara automatik oleh sistem imun badan yang boleh membunuh sperma. Apabila antibodi ini banyak dalam badan, sperma susah untuk sampai ke telur, peluang telur disenyawakan sangat tipis. Antibodi ini boleh bertindak kepada sperma yang berjaya mensenyawakan telur. Maka berlaku keguguran.

Badan seorang lelaki boleh menghasilkan antibodi yang anti-sperma ini apabila sperma ini bersentuhan dengan sel imun badan mereka. Ia berlaku apabila testikel luka seperti lepas pembedahan atau ada jangkitan pada kelenjar prostat. Testikel melindungi sperma daripada sel imun. Apabila ia luka, sperma boleh mati. Lebih 70% lelaki yang mengalami vasektomi akan membentuk antibodi ini.

Sesetengah wanita mempunyai alahan/alergi kepada sperma pasangannya. Ia mengaktifkan sistem imun badan untuk menghasilkan antibodi yang anti-sperma yang akan menyerang sperma pasangan. Antara kes yang wujud adalah apabila tisu vagina terkena sperma dan timbul ruam atau kesakitan disebabkan alahan itu.

10. Ketidaksuburan bergabung / ketidaksuburan yang tidak dapat dikenalpasti
Ada diantara pasangan yang mempunyai masalah lebih dari satu punca. 20% - 30% kes tidak subur / sukar untuk mendapatkan zuriat adalah disebabkan beberapa kes yang bergabung. 15% pasangan yang diperiksa juga ada yang mengalami punca ketidaksuburan yang tidak dapat dikenalpasti. Kedua-dua pasangan disahkan normal tetapi masih tidak berjaya hamil.


TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL

✔ Buatlah pemeriksaan untuk pengesahan segera

Apa jua hasil daripada pemeriksaan tersebut atau seteruk manapun penyakit anda, hanya doktor yang boleh membuat keputusan. Dalam kebanyakkan kes pembedahan atau laparoscopy akan dilakukan untuk memperbetulkan kembali masalah rahim atau rawatan dengan ubat-ubatan juga boleh dilakukan mengikut keadaan penyakit.

Kepada anda yang mempunyai masalah Endometriosis atau Ovarian Cyst yang ingin mencuba rawatan alternatif dengan mengambil supplimen, anda boleh cuba supplimen seperti berikut :-

✿ GLA Complex - Bertindak untuk mengawal ketidakcelaruan hormon didalam badan wanita terutama yang berkaitan dengan masalah menopause, PMS simptom atau kitaran haid tidak teratur.

✿ B-Complex - Bertindak sebagai anti-stress untuk menenangkan perasaan wanita yang mengalami tekanan jiwa. Stress merupakan antara punca masalah endometriosis.

✿ Vitamin E - Antioksidan untuk menghalang pertumbuhan semula abnormal sel.

✿ Vitamin C - Merupakan antioksidan yang berfungsi untuk melindungi antioksidan lain. meningkatkan tahap imunisasi badan individu.

Kepada anda yang mengahadapi masalah kesuburan, boleh cuba set kesuburan Shaklee. Lihat maklumat disini : Ikhtiar Hamil Dengan Set Kesuburan Shaklee.


Saya doakan anda mendapat penerangan yang jelas dan bermanfaat. Semoga ia boleh menjadi panduan kepada masalah yang anda hadapi. Saya doakan anda berjaya hamil dan mendapat zuriat yang berkualiti, cerdik dan pintar.



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Che'pah untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
LATIFAH MD SAHHARI
Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire
Shaklee ID : 
1169847
latifah.fazri@gmail.com
018-223.2305 (SMS, WhatsApp,Telegram)
018-2232305 (Call)

**Jika dirasakan entry ini memberi manfaat dan mampu mengatasi masalah orang lain, Mohon tekan button Share dibawah ini. Mungkin ia akan membantu mereka yang megalami masalah yang berkaitan.

No comments:

Post a Comment