Assalamualaikum wbt kepada semua pembaca semua,
Kali ini saya nak berkongsi kegembiraan sambutan Majlis Master Coordinator Celebration mentor saya Master Maria Firdaus kira-kira seminggu yang lepas. Saya tidak dapat menghadiri majlis tersebut disebabkan ada agenda lain yang telah dirancang lebih awal.
Dengan teknologi serba canggih masa kini, walaupun saya tidak berada di majlis tersebut saya masih lagi boleh mengikuti apa yang sedang berlangsung di sana.
Master Coordinator Celebration
Dalam perniagaan Shaklee ada 7 peringkat yang kita kena capai. Peringkat yang paling tinggi sekali adalah Master Coordinator. Bagi sesiapa yang berjaya sampai ke tahap yang paling tinggi ini. Pihak Shaklee akan menganjurkan majlis Master Coodinator Celebration (MASCEL) ni.
Pihak Shaklee akan memperuntukkan RM50,000 untuk sambutan majlis tersebut. Kita boleh pilih sendiri mana-mana hotel yang bertaraf 5 bintang untuk majlis ini diadakan. Best ke Best???
Tak susah nak jadi Master Coordinator ni. Sekiranya kita betul-betul komited dan berkeinginan tinggi untuk berubah menjadi yang luar biasa, dalam tempoh 1-2 tahun Insya-Allah kita boleh jadi Master Coordinator. Lagi-lagi jika berada di dalam group MFMS ni. Dengan kuasa tindakan yang luar biasa ntah-ntah setahun je dah boleh jadi Master Coordinator.
9 Bulan Dapat Jadi Master Coordinator
Dalam tempoh 9 bulan sahaja, mentor saya Maria Firdaus berjaya menjadi Master Coordinator. Hebat kan!
Alhamdulillah saya dipertemukan dengan mereka. Dengan bimbingan mereka saya yakin saya akan mengikut jejak langkah mereka.
Saya memang kagum dengan Master Maria. Beliau dari seorang yang pendiam dan tidak tahu berniaga langsung. Akhirnya berjaya menjana pendapatan 5-6 angka sebulan. Rasa-rasa kalau kita makan gaji dapat ker kenaikkan gaji sebanyak tu dalam masa setahun??
MASCEL Gempak!!
Rugi rasanya saya tidak berada disana. Berbunga-bunga je hati ni tengok video-video majlis tersebut berlangsung. Sambil-sambil tu berangan diri sendiri yang diraikan jadi Master Coordinator.. Boleh??? hehehe.. Jangan gelak ok.. Berangan tu perlu tau kalau kita nak berjaya.. :-)
Jom layan gambar yer...
Pasangan Master Maria Firdaus dan anak sulung mereka masuk berarak ke dalam dewan. Seumpama majlis perkahwinan mereka kali kedua fully sponsored by Shaklee.
Acara Kemuncak
Master Firdaus memceritakan jatuh bangun beliau sepanjang menjalankan perniagaan dan tips untuk cepat naik ke peringkat Master Coordinator.
Master Kam Maria menceritakan perjalan dan pengalaman beliau mencapai setiap peringkat sehingga ke peringkat Master Coordinator
Suprise dari group MFMS
Apa yang menarik nya lagi, master-master yang berada di atas susur galur MFMS semuanya berpewatakkan muslimah. Kami sentiasa diingatkan supaya menjaga hubungan dengan Allah SWT dan Allah akan memilih kami untuk berjaya.
Rasa syukur dipertemukan dengan mereka. Selain daripada mendapat pelbagai ilmu dalam perniagaan kami juga boleh memperbaiki hubungan kami dengan Allah SWT. Itula yang saya cari... Dunia dan akhirat berjalan seiring..
Sepanjang majlis ini berlangsung, anak-anak bebas bergerak kesana kemari. Ini lah yang uniknya perniagaan Shaklee dan menjadi keutamaan bagi saya. Anak-anak sentiasa berada di depan mata. Shaklee mementingkan dan mengutamakan keluarga. Master Maria sendiri mengendong anak sambil memberi ucapan kerana tiba-tiba Fateh naik ke pentas.
Harapan Saya
Saya berharap saya berjaya mengikut jejak langkah mentor saya untuk menjana pendatan 5-6 angka sebulan. Siapa yang tak nak kan dapat pendapatan sebanyak tu setiap bulan. Dengan group MFMS ianya tidak mustahil. Banyak yang saya belajar sejak saya menyertai group ini. Kami semua saling bertukar ilmu/pendapat dan membantu diatara satu sama lain. MFMS memang sangat happening.
Rasa bersalah sangat jika saya tidak mempelawa dan kongsikan kepada anda semua. Jadi saya mempelawa kepada anda yang hendak mengubah hidup menjadi yang luar biasa untuk join saya bersama-sama mencipta kejayaan dengan group MFMS.
Sekian dulu dari saya. Mohon doakan kejayaan saya 2015 nanti.
Sekian,
Latifah Fazri,
**Jika dirasakan entry ini memberi manfaat dan mampu mengatasi masalah rakan-rakan dan keluarga anda, Mohon tekan button Share dibawah ini. Mungkin ia akan membantu dan memberi kejayaan kepada mereka. Semoga anda kaya & berjaya!
Salam ziarah,
ReplyDeleteSeronok baca pengalaman orang berniaga untuk motivasi diri sendiri..