25 Nov 2014

Penyusuan Bayi Menurut Agama Islam



Assalamualaikum,


Apa khabar pembaca semua.. Kali ni saya hendak membuat perkongsian mengenai penyusuan bayi menurut agama islam. Saya tahu ramai ibu-ibu diluar sana berjaya menyusukan bayi mereka sehingga 2 tahun. Tahniah!

Ini kerana bagi ibu-ibu yang berhasrat tetapi tidak berjaya menyusukan bayi mereka sehingga 2 tahun, ia adalah perkara yang bukan mudah dan amat mengecewakan.


Penyusuan Bayi Adalah Perintah Dan Suruhan

"Para Ibu HENDAKLAH menyusukan anak-anaknya SELAMA DUA TAHUN PENUH, iaitu bagi yang ingin MENYEMPURNAKAN penyusuan itu"
- surah Al-Baqarah, Ayat 233

Jelas menyatakan bahawa ia adalah perintah agama untuk ibu-ibu menyusukan bayi mereka, selama 2 tahun iaitu tempoh yang paling sempurna untuk kebaikkan ibu dan anak.

Untuk pengetahuan semua, saya sendiri gagal dan hanya dapat menyusukan anak pertama saya selama 6 bulan sahaja. Saya tahu ia adalah kesilapan besar. Saya rasa sangat kecewa kerana tidak dapat memberikan haknya. Ibu minta maaf Syukri...

Saya menyesal kerana tidak menguasai ilmu penyusuan sepenuhnya. Ilmu penyususan dan persediaan awal untuk menyusukan bayi sangat penting. Jika kita mempunyai ilmu yang cukup dan sudah bersedia sepenuhnya, sekiranya kita mempunyai masalah penyusuan kita tidak akan cepat menyerah untuk memberikan bayi kita susu formula.

Saya mohon ibu-ibu semua jangan lah ulangi kesilapan saya ini. Sehingga sekarang kalau orang bertanyakan samada saya memberikan susu ibu kepada Syukri saya akan bergenang air mata. Saya rasa sangat menyesal.

Insya-Allah sekiranya diberikan peluang untuk hamil buat kali ke-2, saya akan pastikan saya tidak mengulangi kesilapan saya yang lepas. Saya berazam untuk menyusukan anak saya selama 2 tahun.


Susu Ibu Merupakan Makanan Terbaik Bayi

Seperti yang sedia maklum, susu ibu adalah yang terbaik dan dijadikan khas untuk bayi. Banyak kebaikkannya untuk bayi. Bayi yang menyusu susu ibu dikatakan lebih sihat.. Walaupun kecil tetapi bertubuh tegap, tidak mengalami masalah obesiti, cergas, neck control yang bagus, penglihatan yang baik dan mempunyai IQ yang lebih tinggi daripada bayi yang diberikan susu formula.

Bayi yang diberikan susu ibu juga berinteraksi dengan ibu mereka dengan bagus dan tidak mudah mendapat infeksi dan jangkitan.




Lihat! Bayakkan kelebihan penyusuan bayi ni. Bukan setakat dapat pada bayi sahaja, malah ibu juga turut mendapat kebaikkannya. Rugi betul saya rasa tidak dapat menyusukan Syukri sepenuhnya.



Saya akui untuk menyusukan bayi secara eksklusif bukanlah suatu perkara yang mudah. Kekuatan dan kecekalan adalah sangat penting disamping sokongan daripada suami dan orang sekeliling.

Penyusuan bayi menjadi lebih mencabar sekiranya kita seorang ibu yang bekerjaya. Banyak benda nak kena ambil kira. Kena berjauhan dengan bayi, stress di tempat kerja, nak pump susu lagi, dengan bebanan kerja rumah yang tak pernah habis. Pada ketika ini lah bantuan serta sokongan daripada suami dan orang sekeliling sangat penting.

Tak termasuk lagi dengan feedback negatif daripada orang sekeling. Saya dulu pun pernah laluinya.. 
Antaranya :-
  • Syukri tu asyik nangis jer, tak cukup susu tu.. Campur jer la dengan susu formula nanti senyap la dia..
  • Nanti dah start kerja ko campur jer la dengan susu formula. Nanti senang orang nak jaga..
  • Kak, susah la saya nak handle EBM ni. Syukri kalau nak susu dia menangis kuat.. Nak panaskan susu pulak makan masa. Kalau pakai susu formula cepat sikit saya nak bancuh.

Kalau anda menerima feeback yang macam ni, anda kena kuat. Jangan sekali-kali mengalah dengan mereka. Saya berjaya buat tak tahu jer dgn feedback negatif mereka ni. Tapi di atas sebab yang lain saya tidak berjaya menyusukan Syukri sepenuhnya sehingga 2 tahun.



Menyusukan Bayi Perlukan ILMU

Ilmu penyusuan sangat penting dalam menyusukan bayi. Sekiranya kita mempunyai ilmu dan teknik yang betul, usaha yang gigih. Insya-Allah kita akan berjaya menyusukan bayi kita.

Tapi kalau disebabkan nak cantik, malas dan sebagainya menyebabkan kita tidak memberikan bayi susu ibu. Fikir la betul-betul.. memang tak patut bagi saya. Kasihani lah bayi kita. Berikanlah hak mereka. 

Walaubagaimana sekali pun, susu ibu adalah makanan yang terbaik untuk bayi. bukan susu formula atau makanan lain buatan manusia.

Yakinlah, sekiranya Allah perintahkan sesuatu. Pasti ada hikmah dan kebaikkan yang Allah hendak berikan kepada kita.

Semoga perkongsian saya kali ini berjaya membuka minda dan hati ibu-ibu semua mengenai kepentinga susu ibu seperti yang diperintahkan di dalam Al-Quran.

Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa membaca perkongsian saya. Sekiranya anda mempunyai masalah penyusuan seperti kuantiti susu yang sedikit dan tidak mencukupi, anda boleh rujuk disini..

Sekian, Wasallam..





Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 

Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Che'pah untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

LATIFAH MD SAHHARI
Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire
Shaklee ID : 
1169847

latifah.fazri@gmail.com
018-328 2544 [ SMS, WhatsApp,Telegram]
018-2232305 [Call]

**Jika dirasakan entry ini memberi manfaat dan mampu mengatasi masalah orang lain, Mohon tekan button Share dibawah ini. Mungkin ia akan membantu mereka yang megalami masalah yang berkaitan.

No comments:

Post a Comment