2 Oct 2014

Arghh! Duit Gaji Tak Cukup!!




Assalamualaikum dan apa khabar semua.

Pagi ni sana sini kita dengar pasal harga minyak naik 20sen. Hmmm.. naik lagi... lepas ni naik kete lembu la kita. Semua harga barang keperluan wajib naik. Gaji pulak naik berapa percent jer.. Lagi teruk kalau tak naik langsung.

Gaji seorang siswazah sekarang dah tak boleh nak dibanggakan macam zaman dulu-dulu. Gaji permulaan masih seperti 3-4 tahun lepas kalau naik pun sikit jer. Tapi harga barang dalam masa 3-4 tahun ni naik melanbung-lambung.

Kalau dulu kita selalu dengar mak-mak kita cakap "Kau belajar rajin-rajin nanti dah keje dapat gaji beso beribu-ribu". Tapi pada hakikatnya sekarang gaji RM3000 ke bawah adalah miskin bandar. Kalau dengan gaji sekeping ijazah sahaja tidak cukup untuk kita hidup selesa. Cukup bayar hutang dan makan sahaja. Yang lebih menakutkan kita tak mampu untuk membuat simpanan.

Bila dikaji kemana wang dibelanjakan??


Pengiraan di atas belum lagi termasuk dengan kos kecemasan. Seperti kereta rosak tepi jalan, renew roadtax dan insuran kereta. kos anak sakit dan sebagainya.


MALANGNYA!! dah menjadilumrah masyarat kita.

Tak muhasabah diri.

Tiada kesedaran untuk memperbaiki diri.

Ramai yang tidak mahu hidup yang luar biasa.

Sangat suka hidup yang biasa-biasa sahaja.

Mungkin ramai yang rasa sangat selesa dengan kedudukan yang sedia ada. Tapi percaya lah lambat laun nanti anda mungkin akan tersepit dengan keadaan ekonomi semasa di negara ini.

Jadi, Saya sarankan kepada mereka yang berumur sekitar 25-35 tahun, please do something sebelum terlewat.

Carilah pendapatan sampingan, berniaga lah apa-apa sahaja yang halal dan tidak melanggar hukum syarak.

Jangan Putus asa. Apa yang kita lakukan hari ini adalah untuk kehidupan kita sekeluarga 5 tahun yang akan datang.

Ramai orang yang berjaya hari ini bermula dengan 'desakan' hidup yang mereka lalui. Jangan takut, segala cabaran yang kita lalui akan mematangkan kita. Ini adalah 'wake up' call daripada Allah untuk menyedarkan kita dan akan membuatkan kita sama-sama berjaya. Insya-Allah...

Allah bagi kita susah hari ini adalah untuk bagi kita sedar dan berubah menjadi lebih berjaya pada masa akan datang.

Sekiranya anda tengah 'susah' sekarang. Jangan berputus asa... Bangkitlah sekarang...

Carilah mana-mana mentor yang boleh membimbing anda sehingga berjaya.



Saya sendiri sekarang sedang tekad untuk berubah dan mula untuk menjadi orang yang luar biasa. Gaji bulanan hanya cukup untuk menampung belanja harian dan membayar hutang.

Bagaimana pula dengan SEDEKAH dan SUMBANGAN kepada orang lain yang memerlukan!?

'SELFISH' betul kita. Langsung tidak memikirkan orang lain. Hanya fikir diri sendiri sahaja.

Alhamdulillah tuhan menunjukkan kepada saya jalan untuk mengubah kehidupan kepada yang lebih baik. Terima kasih Ya.. Allah!!

Susah untuk kita betul-betul berubah jika banyak perkataan 'TAPI' dihujungnya. Kita perlu betul-betul 'BERANI' dan 'TEKAD'.

Cukuplah perkongsian untuk kali ini. Saya mendoakan anda semua kaya dan berjaya. Dipermudahkan segala urusan dan tercapai segala impian.


Sekian,
Latifah Fazri
Maria Firdaus's Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire
The Most Happening Shaklee Group in Malaysia.

DOWNLOAD PERCUMA!!

Klik Gambar Untuk Download


**Jika dirasakan entry ini memberi manfaat kepada rakan-rakan anda yang lain, Mohon tekan button Share dibawah ini. Mungkin ia akan membantu rakan-rakan anda berjaya kelak.



No comments:

Post a Comment