4 Dec 2014

Aku Yang Dulu, Kini Dah Berubah


Assalamualaikum,

Kali ini saya nak kongsikan satu kisah yang mungkin dapat memberi nilai atau mempunyai hubungkait dalam kehidupan kita semua. Pertama kali saya dengar kisah ini daripada mentor saya dan saya kongsikan disini.


KISAH KATAK


Eksperimen Pertama
  1. Sebuah tembikar diisi air dan dipanaskan menggunakan penunu bunsen.
  2. Apabila air sudah mendidih, seekor katak dimasukkan ke dalam tembikar tersebut.
  3. Katak tersebut terus melompat keluar selamatkan diri dan masih hidup.
Eksperimen Kedua
  1. Sebuah tembikar berisi air dimasukkan ais yang banyak.
  2. Seekor katak dimasukkan ke dalam tembikar tersebut.
  3. Oleh kerana sejuk, katak tersebut duduk dengan tenang.
  4. Penunu bunsen dinyalakan dan diletakkan di bawah bikar. Lama kelamaan ais melebur dan air menjadi suam.
  5. Tidak lama kemudian air menjadi panas dan mendidih.
  6. Katak yang masih di dalam tembikar dan mati kepanasan.

PENGAJARAN

Apa yang terjadi??

Eksperimen pertama : Katak yang berada di dalam tembikar selamat dan masih hidup walaupun dimasukkan ke dalam air yangg tengah mendidih. ini kerana katak tersebut terlalu terkejut dengan perubahan keadaan sekelilingnya. Dia melompat keluar untuk mengubah nasib hidupnya pada waktu itu. Jika tidak ia akan mati.

Eksperimen kedua : Katak yang berada di dalam tembikar tersebut pula mati kerana ia berada dalam keaadaan yang begitu selesa pada awalnya. Katak tersebut tidak 'sedar' perubahan sedikit demi sedikit berlaku di sekelilingnya dan ia masih selesa dengan keadaan tersebut. Akhirnya katak tersebut mati kepanasan kerana 'tertipu' dengan keselesaan yang dirasai dari awal.


KAITAN KITA DAN KISAH KATAK

Kenapa saya kaitkan diri kita dengan katak???
Kaitannya disini adalah 'Selesa'.

Saya percaya ramai yang berasa selesa dengan kedudukan dan apa yang mereka miliki. Betul tak??
Kebanyakkan diantara kita merasa sangat selesa dengan apa yang mereka ada sekarang. Banyak juga yang merasa 'sangat selesa' dengan gaji RM3000 sebulan.

Mereka selasa kerana mereka tidak perlu fikir masalah-masalah yang besar. Samalah seperti saya yang dahulu.

Kehidupan saya yang dahulu :

6.45 pg : Pergi kerja.
7.30 pg : Sampai di office dan baca email.
7.45 pg : Sarapan dan bersembang dengan kawan.
8.30 pg : Mula bekerja.
1.00 t/hari : Berhenti rehat dan layan cerita berepisod dekat PC.
2.00 ptg : Solat.
2.30 ptg : Sambung buat kerja.
4.00 ptg : Bersembang dan kemas meja.
4.30 ptg : Balik kerja.

Ini lah rutin kita setiap hari. Hujung minggu berehat dan berjalan. Cukup bulan dapat gaji.

Belanja...Belanja...Belanja...

Agak-agak poket dah nak kering, jimat-jimat sikit. Bahagikan duit yang ada dengan berapa hari lagi nak gaji. Nanti hujung bulan dapat gaji, ulang lagi benda yang sama.

Inilah yang kita panggil 'Comfort Zone'.

Mereka berasa sangat selesa dengan kehidupan mereka. Mereka tiada rasa untuk ubah hidup mereka. Dalam hati mereka selalu berkata.

"Oklah ni. Cukup lah. Malas lah"

Dan banyak lagi alasan untuk menyedapkan hati mereka yang mereka cukup dengan apa yang mereka ada. Tapi pada hakikatnya, kalau sampai kena berjimat sehingga nak tunggu gaji hujung bulan. Selesa ker kehidupan mereka??? Selasa la sangat kan..

Prof Muhaya selalu berkata, "Live By Design, Not By Default"

Kita kena hidup seperti apa yang kita mahukan. Kita perlu merancang corak kehidupan dan kejayaan yang ingin kita capai. Bukan 'ditentukan' oleh orang lain.

Dalam kehidupan suami isteri, ada suami yang sedar untuk berubah. tetapi isteri pula yang menghalang dan tidak memberi sokongan. Ada tu isteri yang tersedar untuk mengubah hidup, suami pula sebaliknya dan menghalang si isteri.

Aduhai... berilah peluang kepada pasangan kita untuk memajukan diri dalam kehidupan.

Dengan pendapatn RM3000 sebulan, kita rasa dah mencukupi. Apa salahnya kita berusaha lebih dan bekerja keras untuk buat sesuatu yang kita tak pernah buat sebelum ini. Dan hasilnya kita boleh dapat jana lagi RM1000-RM2000 sebulan. Kan bagus.. 

kalau kita rasa pendapatan RM3000 tu sudah mencukupi. Apakata Duti tambahan yang kita dapat RM1000-RM2000 tu kita sedekahkan kepada kepada orang lain.

Dengan duit tambahan itu juga kita boleh tambah nilai hidup kita sekeluarga. Kita dapat beri yang terbaik kepada keluarga kita. Ini semua adalah IBADAH.

Part-time dari rumah

Semua pilihan terletak di tangan kita. 

"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubah nasib mereka sendiri".

kisah ini sangat sesuai untuk kita menilai kehidupan kita hari ini. Alhamdulilllah saya yang dulu kini telah berubah. Saya pilih apa yang saya inginkan dan suka lakukan. Saya akan bekerja keras untuk mencapai kejayaan yang saya inginkan. Doakan saya berjaya!


TAMBAHAN (Add-On)
  1. Fikir-fikirkan.. apa yang kita nak buat untuk menambah nilai kehidupan orang lain.
  2. Kepada pembaca yang belum 'like' page saya, boleh 'like' di fanpage profile saya disebelah kanan. Bole juga 'add' saya sebagai kawan di facebook. Cari sahaja Latifah Sahhari dan 'add'.
  3. Saya happy untuk menjadi kawan anda.
  4. Rahsia kejayaan adalah networking. Lebih ramai orang yang berjaya disekeliling anda. Lebih mudah untuk anda berjaya.
  5. Sila Like & Share jika anda mahu kongsikan kisah ini dengan rakan-rakan FB anda yang lain. 

Thanks for reading

DOWNLOAD PERCUMA!!

Klik Gambar Untuk Download

Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Che'pah
018-3282544 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
latifah.fazri@gmail.com
FB : Latifah Sahhari


No comments:

Post a Comment