12 Feb 2015

Bermulanya Online Bisnes




Assalamualaikum W.B.T

Apakhabar pembaca semua. Semoga anda semua sihat dan diberkati Allah S.W.T.

Kali ini saya terasa untuk berkongsi bagaimana bermulanya saya berniaga. Apa yang menjadi penyebab utamanya saya berniaga???

Sememangnya sebab utama untuk berniaga adalah untuk menambah pendapatan. Tetapi saya ada lagi sebab utama yang lagi penting yang saya perlu berniaga. Sebabnya adalah saya ingin mempunyai banyak masa bersama anak dan keluarga saya.

Saya tau mesti ada yang kata 'Ala, anak baru sorang.. orang lain anak 3-4 orang tak kecoh pun nak berhenti kerja'. Tapi percayalah kalau mereka-mereka yang anak 3-4 orang tu tahu bagaimana untuk mencari sumber pendapatan lain yang hanya boleh dibuat dari rumah dan boleh menguruskan anak-anak dan keluarga sendiri setiap hari, pasti mereka pun mahu berhenti kerja.


KENAPA ONLINE BISNES


Puas saya fikir pekerjaan apa yang saya boleh lakukan dalam masa yang sama saya dapat menguruskan anak dan keluarga sendiri dari rumah. Terlintas difikiran saya adalah perniagaan online. 

Bila fikir-fikir balik, perniagaan online memang sangat sesuai dengan saya. Saya boleh menjalankan perniagaan dari rumah dan dapat uruskan anak dan keluarga sendiri seperti yang saya inginkan. Lagi pun saya tidak berkebolehan langsung untuk menjual secara offline. Itu memang kelemahan saya. Saya agak malu untuk mendekati orang yang tidak dikenali untuk menjual barang.

Jadi, saya membuat keputusan untuk menjalankan perniagaan online. Tapi nak berniaga apa?? 

Tupperware??
Barangan bayi??
Produk kecantikkan???

Itu adalah antara barangan yang saya fikirkan untuk perniagaan online pada mulanya. Fikir punya fikir, saya memilih produk kecantikkan untuk perniagaan online saya. Setelah membuat keputusan, saya pun mula mencari supplier utk produk kecantikkan. Saya jual beberapa jenama produk kecantikkan yang sedang hangat dipasaran.

Setelah beberapa minggu saya membuat pemasaran produk melalui online. Perniagaan online saya mula mendapat sambutan dan membuahkan hasil. Saya berasa seronok sangat masa tu. Impian saya untuk menambah pendapatan bulanan tercapai. Waktu tu saya masih lagi berkerja dan menjalankan perniagaan online secara sambilan.

Perancangan saya ketika itu, sekiranya income perniagaan online saya mencecah target yang saya inginkan dan konsisten setiap bulan. Barulah saya akan resign dan menjadi WAHM - Work At Home Mother.

Setelah 2 bulan saya memasarkan produk kecantikkan, tiba-tiba saya rasa macam tak nak jual dah produk-produk tersebut dan ingin beralih untuk memasarkan produk Shaklee. Saya tidak bertanggung dan terus memulakan perniagaan Shaklee secara serius.


KENAPA PILIH SHAKLEE

Kenapa saya memilih Shaklee, sedangkan produk-produk yang saya pasarkan mendapat sambutan???

Yang pertamanya adalah faktor keselamatan produk kepada pengguna. Saya memikirkan keselamatan pengguna saya. Kesemua produk yang saya pasarkan mempunyai kelulusan KKM. Tetapi saya jadi kurang yakin kerana produk yang saya pasarkan sangat cepat memberikan kesan. Memang la bagus dan ramai orang yang suka kesan yang cepat. Saya pun cepat mendapat untung.

Tapi, tiba-tiba saya berasa was-was. Betul ker ade kelulusan KKM ni. Saya pun tidak mempunyai masa untuk membuat semakkan lanjut mengenai produk-produk tersebut. Saya risau jika produk tersebut akan memberi kesan negatif kepada pelanggan saya. Kalau tidak sekarang mungkin di masa akan datang.

Jadi, tanpa berfikir panjang dan disebabkan tidak mempunyai masa untuk semak sana-sini saya terus memilih untuk memasarkan produk Shaklee. Bukan saya nak kata Shaklee tiada langsung kesan-kesan negatif. Pada permulaan pengambilan ada sesetengah pengguna mungkin akan mengalami 'healing crisis'. Tapi saya lebih yakin dengan Shaklee kerana ia sudah 27 tahun berada di pasaran Malaysia.

Saya sendiri pun pengguna tegar Shaklee, saya merasai sendiri manfaat kebaikkannya kepada kesihatan saya. Jadi kenapa tidak saya pasarkan Shaklee kan. Lepas join Shaklee baru lah saya tahu ada banyak lagi kebaikkan Shaklee ni. Antaranya..

Sebagai Pengedar Sah :

1) Pelan Pemasaran Yang Adil & Patuh Syariah

Dalam Shaklee, semua pengedar berhak mendapat bonus, setimpal dengan usaha mereka. Tiada istilah orang atas goyang kaki yer! Kita menetukan sendiri bonus bulanan kita. Selain CASH BONUS, kita juga berpeluang merima CAR BONUS dalam bentuk tunai dan juga menikmati PERCUTIAN 5 BINTANG secara PERCUMA! Siapa usaha lebih dia dapat lebih yerr..

2) Peluang Bekerja Dari Rumah

Ini merupakan tujuan utama saya. Bisnes Shaklee boleh dijalankan secara PART-TIME / FULL-TIME. Ia boleh dijalankan dirumah sahaja sambil-sambil jaga anak dan membuat kerja-kerja rumah. Yang penting anda mempunyai internet dan Smartphone

3) Bisnes Shaklee Bisnes Bermentor

Jika kita hendak berjaya, kita mesti mempunyai ilmu dan mentor yang telah berjaya. Dalam group saya ni, segalanya telah tersedia, produk knowledge, pelan pemasaran, motivasi dan anda hanya perlu ceduk dan bertindak sahaja. Yang lebih menarik lagi kami ditekankan untuk melaksanakan amalan rohani mengikut master checklist yang disedikan setiap hari. Kami dididik untuk mendekatkan diri dengan tuhan. Jika kita kejar akhirat pasti dunia dalam genggaman. Semua ilmu dan support group boleh dicapai secara online sahaja.

Group kami menekankan teknik 'jemput-jemput' dalam pemasaran kami. Rezeki lebih mudah diperolehi jika dijemput berbanding kita mencari. Kita tidak perlu menjual, mencari pelanggan dan sebagainya. Dengan teknik 'jemput-jemput' ini pelanggan yang akan mencari kita. Menarikkan??

Untuk kita memulakan bisnes Shaklee ini yang penting sekali kita memilih group yang betul dan bersesuaian dengan kehendak kita. Jadi saya memilih group MFMS ni adalah kerana teknik yang mereka gunakan adalah 100% online dan mereka sangat aggresive. Selain dari itu saya berpeluang memperbaiki diri saya dari segi rohani dan lebih dekat dengan pencipta. Alhamdulillah.. dalam group MFMS ni saya dapat lebih dari yang saya inginkan.



CARILAH PENDAPATAN TAMBAHAN

Dengan corak ekonomi dan perlaksanaan GST tidak lama lagi. Saya nasihatkan anda, carilah pendapatan tambahan. Tanpa pendapatan tambahan kita tidak akan hidup selesa. Lebih-lebih lagi jika sudah berkeluarga dan mempunyai anak yang ramai. 


Carilah apa sahaja pekerjaan yang boleh menambah pendapatan bulanan kita, Jika mahu berniaga, cari lah mentor yang betul-betul berjaya dan anda pasti berjaya. Saya doakan agar anda semua berjaya mencapai apa yang anda inginkan.



DOWNLOAD PERCUMA!!

Klik Gambar Untuk Download

Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Che'pah

018-3282544 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
latifah.fazri@gmail.com
FB : Latifah Sahhari


**Jika dirasakan entry ini memberi manfaat dan mampu mengatasi masalah orang lain, Mohon tekan button Share dibawah ini. Mungkin ia akan membantu mereka yang megalami masalah yang berkaitan.

No comments:

Post a Comment