Showing posts with label Perniagaan Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Perniagaan Shaklee. Show all posts

6 Apr 2015

Alhamdulillah.. Doa Dan Impian Dimakbulkan



Assalamualaikum w.b.t


IMPIAN MENJADI WAHM TERCAPAI


Alhamdulillah akhirnya doa dan impian saya untuk menjadi Working At Home Mother (WAHM) tercapai. Pada bulan November 2014 secari rasminya saya menjadi WAHM dan menguruskan sendiri hal rumahtangga serta sentiasa berada disisi suami dan anak.

Sebelum ini saya berkerja makan gaji sebagai staff kontrak selama 4 tahun. Selama 4 tahun itu saya sentiasa mencari-cari pekerjaan yang lain. Bagi saya menyandang status sebagai staff kontrak tidak dapat menjamin masa depan saya apatah lagi setelah berkeluarga. Maklum sajalah perkhidmatan saya boleh ditamatkan atau tidak disambungkan kontrak pada bila-bila masa sahaja.

Disamping mencari peluang pekerjaan yang lain, saya mula berjinak-jinak dengan perniagaan Shaklee. Ini kerana dengan perniagaan Shaklee, ia dapat merealisasikan impian saya untuk menjadi WAHM. Selama menjalankan perniagaan Shaklee secara part-time saya dapat menikmati bonus 3 angka sebulan. Dengan itu saya yakin  yang saya akan boleh pergi jauh dengan perniagaan ini.

Perkhidmatan saya sebagai staff kontrak tamat pada awal bulan November 2014. Setelah mempertimbangkan segala aspek akhirnya saya membuat keputusan nekad untuk tidak menyambung kontrak dan menjadi WAHM dengan menumpukan sepenuhnya kepada perniagaan Shaklee saya. Ini adalah kerana saya yakin yang saya boleh berjaya dan pergi jauh dengan perniagaan ini.


RUTIN HARIAN SEBELUM MENJADI WAHM

Dulu sebelum menjadi WAHM, kehidupan saya di dalam 'Zon Selesa'. Tak berapa selesa pun sebenarnya. Seawal 6.45 pagi saya akan menghantar anak kepada pengasuh dan terus memulakan perjalanan ke tempat kerja. Terasa berat hati meninggalkan anak kepada pengasuh. Saya tiada pilihan lain kerana tututan kerja. Setiap hari didalam hati meronta-ronta dan berdoa untuk menjadi WAHM dan ingin sentiasa berada sisi anak.

Saya berkerja di Bangi. Maka setiap hari saya berulang alik dari KL ke Bangi dan Bangi ke KL. Perjalanan memakan masa 45min - 1jam lebih kurang. Perjalanan pada waktu pagi lancar dan tiada masalah kerana saya keluar awal pagi. Tetapi saya akan sangkut jem pada waktu pulang dari pejabat pada waktu petang. Kadang-kala ia memakan masa selama 1-2jam untuk sampai ke rumah. Bila sangkut di jem hati sentiasa ingat pada anak.

Kebiasaan saya akan sampai dirumah pada waktu hampir jam 7 malam. Ambil anak dari rumah pengasuh dan saya akan meluangkan masa sepenuh-nya dengan bermain dan bergurau bersama anak saya. Setiap hari saya hanya mempunyai masa lebih kurang selama 2 jam sahaja untuk bersama dengan anak. Ini kerana kebiasaanya anak saya akan tidur pada pukul 9mlm. Saya akan memulakan kerja-kerja rumah seperti memasak, mengemas, membasuh dan melipat pakaian selepas anak saya tidur. Memandangkan suami saya sering pulang lewat dari tempat kerja jadi ia tidak menjadi masalah dan hidangan makan malam sudah tersedia pada waktu itu.

Antara jam 12.00 - 12.30 malam baru saya dapat masuk ke bilik tidur. Pada waktu itu memang keadaan saya sangat stress, penat dan letih. Keesokkan-nya seawal 5.30 pagi saya sudah bangun untuk persiapan ke tempat kerja dan melaksanakan rutin harian saya seperti biasa.


RUTIN HARIAN SELEPAS MENJADI WAHM


Alhamdulillah setelah menjadi WAHM saya mempunyai lebih banyak masa bersama anak saya. Saya juga tidak perlu menempuh jem dan perjalanan yang jauh setiap hari.

Setiap pagi saya akan menguruskan anak dan melakukan kerja-kerja rumah. Lebih kurang jam 9.00 - 9.30 pagi saya akan memulakan aktiviti perniagaan saya. Walaupun  berkerja sendiri saya perlu patuh kepada jadual harian yang telah saya buat. Apabila kita bekerja sendiri penyediaan jadual adalah sangat penting untuk memastikan perjalanan perniagaan kita mengikut perancangan dan berjalan dengan lancar.

Syukur alhamdulillah, setelah konsisten membuat perkongsian pengalaman sendiri menggunakan Shaklee secara online di blog ini. Saya mula mendapat order melalui sms dan whatsapp dari pelanggan. Kadang-kala tu sampai rasa tak tenteram untuk melakukan kerja-kerja rumah sebab teringatkan sms dan whatsapp daripada pelanggan yang belum dijawab.

Sekarang setiap hari menjelang tengahari saya akan ke pejabat pos untuk menghantar barang-barang customer. Sewaktu ke pejabat pos saya akan meninggalkan anak saya di rumah pengasuh seketika. Ini kerana saya bimbang sekiranya saya tidak dapat mengawal anak saya dengan baik dan terjadi apa-apa kepada anak saya. Setelah pulang dari pejabat pos saya akan mengambil semula anak dan menyambung semula aktiviti perniagaan saya sehingga jam 5 petang.

Kemudian saya akan berhenti berehat untuk menyediakan makan malam untuk keluarga. Pada jam 8.30 mlm saya akan sibuk melayan order dan pertanyaan pelanggan. Kalau dulu waktu malam saya sibuk melaksanakan kerja-kerja rumah. Sekarang semua kerja-kerja rumah dapat disiapkan pada siang hari sambil berbisnes.

Saya rasa sangat happy dan seronok menjadi WAHM. Semua masa dan aktiviti saya tetapkan sendiri. Dah tak perlu terkejar-kejar punch card setiap pagi dan tak perlu meminta kelulusan bos untuk bercuti. Saya bebas melakukan apa sahaja yang saya suka mengikut apa yang telah saya tetapkan sendiri.


BERJAYA MERAIH PANGKAT SUPERVISOR

Alhamdulillah dan syukur sekali lagi, berkat nekad berhenti makan gaji untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga saya berjaya mencapai sales target untuk menjadi supervisor Shaklee. pangkat supervisor merupakan rank pertama dalam business plan shaklee.

Dengan mencapai rank supervisor, saya berjaya mendapat Cash Bonus 4 angka pada bulan Febuari 2015 untuk sales Januari 2015.



SYUKUR PADAMU YA-ALLAH

Saya berasa sangat bersyukur kerana Allah S.W.T telah mempermudahkan perjalanan perniagaan online Shaklee saya. Kini dengan hanya duduk dirumah, saya mempunyai banyak masa bersama keluarga. Dalam masa yang sama saya mampu menjana income 4 angka masuk ke dalam account bank setiap pertengahan bulan.

Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua terutama kepada suami yang sentiasa memberi sokongan dan menjadi tulang belakang kepada perniagaan saya. Tak lupa juga kepada ibu saya yang sentiasa  memberi sokongan dan mendoakan kejayaan saya.

Walaupun perjalanan ke puncak kejayaan masih jauh, saya berazam untuk berusaha bersungguh-sungguh. Saya menjadikan Allah S.W.T sebagai partner yang paling utama, yang akan membantu saya dalam menghadapi apa jua dugaan dan cabaran yang mendatang.

Nasihat saya kepada mereka yang berkeinginan untuk merubah kehidupan keluarga dan ekonomi ke arah yang lebih baik. Bermulah dan bertindak dari SEKARANG!

>> Berdoalah kepada Allah S.W.T agar diberikan petunjuk dan jalan yang terbaik.

>> Carilah mentor yang telah berjaya dalam bidang yang ingin anda ceburi, belajar dan tirulah jejak langkah mereka.

>> Bertindak dengan istiqomah/konsisten.

Insya-Allah anda pasti berjaya ke puncak kejayaan seperti mereka.

FAST ACTION, FAST RESULT!!

Semoga memberi manfaat kepada anda semua. Wassalam...


Klik Gambar Untuk Download

Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Che'pah

018-2232305 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]

latifah.fazri@gmail.com
FB : Latifah Sahhari

25 Nov 2014

Master Coordinator Celebration Kam Maria & Firdaus Gempak!!




Assalamualaikum wbt kepada semua pembaca semua,

Kali ini saya nak berkongsi kegembiraan sambutan Majlis Master Coordinator Celebration mentor saya Master Maria Firdaus kira-kira seminggu yang lepas. Saya tidak dapat menghadiri majlis tersebut disebabkan ada agenda lain yang telah dirancang lebih awal.

Dengan teknologi serba canggih masa kini, walaupun saya tidak berada di majlis tersebut saya masih lagi boleh mengikuti apa yang sedang berlangsung di sana.


Master Coordinator Celebration

Dalam perniagaan Shaklee ada 7 peringkat yang kita kena capai. Peringkat yang paling tinggi sekali adalah Master Coordinator. Bagi sesiapa yang berjaya sampai ke tahap yang paling tinggi ini. Pihak Shaklee akan menganjurkan majlis Master Coodinator Celebration (MASCEL) ni.

Pihak Shaklee akan memperuntukkan RM50,000 untuk sambutan majlis tersebut. Kita boleh pilih sendiri mana-mana hotel yang bertaraf 5 bintang untuk majlis ini diadakan. Best ke Best???

Tak susah nak jadi Master Coordinator ni. Sekiranya kita betul-betul komited dan berkeinginan tinggi untuk berubah menjadi yang luar biasa, dalam tempoh 1-2 tahun Insya-Allah kita boleh jadi Master Coordinator. Lagi-lagi jika berada di dalam group MFMS ni. Dengan kuasa tindakan yang luar biasa ntah-ntah setahun je dah boleh jadi Master Coordinator.


9 Bulan Dapat Jadi Master Coordinator

Dalam tempoh 9 bulan sahaja, mentor saya Maria Firdaus berjaya menjadi Master Coordinator. Hebat kan!

Alhamdulillah saya dipertemukan dengan mereka. Dengan bimbingan mereka saya yakin saya akan mengikut jejak langkah mereka.

Saya memang kagum dengan Master Maria. Beliau dari seorang yang pendiam dan tidak tahu berniaga langsung. Akhirnya berjaya menjana pendapatan 5-6 angka sebulan. Rasa-rasa kalau kita makan gaji dapat ker kenaikkan gaji sebanyak tu dalam masa setahun??


MASCEL Gempak!!

Rugi rasanya saya tidak berada disana. Berbunga-bunga je hati ni tengok video-video majlis tersebut berlangsung. Sambil-sambil tu berangan diri sendiri yang diraikan jadi Master Coordinator.. Boleh??? hehehe.. Jangan gelak ok.. Berangan tu perlu tau kalau kita nak berjaya.. :-)

Jom layan gambar yer...


Pasangan Master Maria Firdaus dan anak sulung mereka masuk berarak ke dalam dewan. Seumpama majlis perkahwinan mereka kali kedua fully sponsored by Shaklee. 

Acara Kemuncak


Master Firdaus memceritakan jatuh bangun beliau sepanjang menjalankan perniagaan dan tips untuk cepat naik ke peringkat Master Coordinator.


Master Kam Maria menceritakan perjalan dan pengalaman beliau mencapai setiap peringkat sehingga ke peringkat Master Coordinator

Suprise dari group MFMS

Apa yang menarik nya lagi, master-master yang berada di atas susur galur MFMS semuanya berpewatakkan muslimah. Kami sentiasa diingatkan supaya menjaga hubungan dengan Allah SWT dan Allah akan memilih kami untuk berjaya. 

Rasa syukur dipertemukan dengan mereka. Selain daripada mendapat pelbagai ilmu dalam perniagaan kami juga boleh memperbaiki hubungan kami dengan Allah SWT. Itula yang saya cari... Dunia dan akhirat berjalan seiring..

Sepanjang majlis ini berlangsung, anak-anak bebas bergerak kesana kemari. Ini lah yang uniknya perniagaan Shaklee dan menjadi keutamaan bagi saya. Anak-anak sentiasa berada di depan mata. Shaklee mementingkan dan mengutamakan keluarga. Master Maria sendiri mengendong anak sambil memberi ucapan kerana tiba-tiba Fateh naik ke pentas.


Harapan Saya

Saya berharap saya berjaya mengikut jejak langkah mentor saya untuk menjana pendatan 5-6 angka sebulan. Siapa yang tak nak kan dapat pendapatan sebanyak tu setiap bulan. Dengan group MFMS ianya tidak mustahil. Banyak yang saya belajar sejak saya menyertai group ini. Kami semua saling bertukar ilmu/pendapat dan membantu diatara satu sama lain. MFMS memang sangat happening.

Rasa bersalah sangat jika saya tidak mempelawa dan kongsikan kepada anda semua. Jadi saya mempelawa kepada anda yang hendak mengubah hidup menjadi yang luar biasa untuk join saya bersama-sama mencipta kejayaan dengan group MFMS. 

Sekian dulu dari saya. Mohon doakan kejayaan saya 2015 nanti.

Sekian,
Latifah Fazri,
"Always positive & Keep Smiling"


DOWNLOAD PERCUMA!!

Klik Gambar Untuk Download


**Jika dirasakan entry ini memberi manfaat dan mampu mengatasi masalah rakan-rakan dan keluarga anda, Mohon tekan button Share dibawah ini. Mungkin ia akan membantu dan memberi kejayaan kepada mereka. Semoga anda kaya & berjaya!