16 Dec 2014

Kembara GLC - Zon Tengah (7 Dec 2014)



Assalamualaikum  pembaca semua,

Ini cerita beberapa miggu yang lalu. Kira throwback la ni.. Maaf lambat berkongsi bersama anda semua.  7 Dec 2014 lepas sy menghadiri program Kembara GLC (Groom. Lead. Coach) yang bertempat di Sunway Pinnacle. Program ini adalah anjuran daripada Master Laila daripada susur galur Jutawan Shaklee.


Saya rasa berbaloi sangat menghadiri program ini. Banyak sangat ilmu dan aura positif yang saya dapat. Penyertaan PERCUMA pula tu. Memang berbaloi-baloi la kan. Yang paling best saya dapat berjumpa dengan Mummy saya Master Kam Maria. Sebelum ini kami hanya berhubung melaui online sahaja. Kali ni, kali pertama saya dapat bersua muka dengan beliau. Comell jer... Cantikk Sangattt. 

Banyak lagi master-master yang lain. PM Cery pun ada. Walau pun hanya dapat bersama kami hanya 2 jam sahaja. Tetapi kata-kata dan pesanan daripada beliau amat terkesan bagi saya. Perjumpaan dengan master-master ni la saya dapat sedut aura positif mereka dengan banyak. Bak kata pepatah, kalau kita nak berjaya, kita mesti dikelilingi orang-orang yang berjaya jugak.

PM Cery - Jutawan ni tau.. 

Saya dan anak Shaklee saya Salina - bukti kami berada disitu.. Abaikan pipi montel saya yer.. Hehehe

Kelas memang happening sangat. Biasa la kalau shaklee program tak sah kalau takda budak-budak melompat-lompat dan berlari sana sini. Yang sambil menyusukan anak pun ada. Itu semua tak menjadi masalah. Yang penting dapat ILMU.

PERKONGSIAN ILMU

Saya berkongsi sedikit ilmu saya dapat disana. Nak kongsi semua memang banyak sangat. Takpa saya kongsi mana yang boleh diguna pakai untuk semua bukan untuk yang buat Shaklee sahaja yer..

Saya kongsikan disini teknik 'BRANDING' yang mana teknik sangat perlu untuk mereka yang menjalankan perniagaan. Sangat-sangat perlu. Kepada mereka yang masih tercari-cari bagaiman untuk 'BRANDING'kan diri mereka boleh rujuk disini yer.

1. BRANDING - adalah dimana bagaimana kita membawa diri dan perniagaan kita. Bagaimana cara kita untuk orang lain kenal kita dan perniagaan kita :-
  • Perkongsian di facebook - Sedia maklum traffik facebook sangat-sangat tinggi. Jadi kita gunakan kelebihan ini untuk menyebarkan siapa diri kita.
  • PM kawan-kawan - Kita PM semua friend list kita di Facebook. Jangan menjual dengan mereka. Nanti mereka tak suka dengan anda. Gunakan ayat general untuk memberitahu siapa anda. Contoh : Anda mengalami masalah penyusuan atau ingin memperbanyakkan kuantiti susu ibu. Anda boleh dapatkan tips disini '.......' (link blog anda).
  • Perkongsian mestilah konsistan - Anda mesti sentiasa berkongsi. jangan hari ini anda berkongsi, lepas sebulan baru anda berkongsi lagi. Tak boleh macam tu yer.. Kena konsistan, lagi-lagi bagi mereka yang menjalankan perniagaan online. Orang takkan nampak kedai kita kalau kita tidak berkongsi dimana-mana mengenai perniagaan kita. 
2. FOKUS - ramai yang menjual tetapi tidak fokus kepada produk. Kita kena fokus pada satu produk kita. Contoh dalam perniagaan kita ada macam-macam produk. Kita hanya fokus pada satu sahaja produk yang kita pakar dan kita suka dan boleh mendapat keuntungan yang banyak. Bila kita suka pada produk tu, kita akan lagi mudah untuk membuat perkongsian. Kita kongsikan produk tu, kebaikkan dia, kelebihan dan pendapat kita menggunakan produk tersebut.

3. TEKNIK POWER - Ada 6 perkara utama :-
  • P - Pakar
  • O - Opportunity
  • W - Wilayah
  • E - Emosi (Customer)
  • R - Result (Testimoni, Experiance)
Jadi pakar dengan apa yang kita suka. Sentiasa fokus dan konsistan. Saya tekankan disini, semua manusia ada masalah, setiap masalah ada peluang, setiap peluang ada wang.

4. CARA BINA BRANDING
  • Nama
  • Jawatan - fokus kepada organisasi anda
  • Kepakaran - Siapa yang hendak bantu
  • Masalah - Siapa yang nak dibantu
  • Solution - Apa yang boleh bantu
5. PROSES BRANDING
  • Facebook
  • Blog
  • Twitter
  • Flyers
  • Bunting
  • Banner
6. MARKETING - Ada 6 perkara utama :-
  • Orang nampak
  • Orang tahu
  • Orang faham
  • Orang nak rasa
  • Orang nak lagi
  • Orang ajak kawan
7. TIPS UNTUK BERJAYA :-
  • Consistence
  • Resistance - Semangat kuat & tahu apa yang kita nak
  • Persistence
Jadikan 3 perkara diatas sebagai habit anda. Insya Allah anda akan terpaksa kaya dan berjaya. Ini adalah antara ilmu yang saya dapat disana. Diharap dapat memberi manfaat dan berguna kepada anda semua. Sama-samalah kita maju dan berjaya dalam perniagaan kita. Aminnn...

TIPS DARI JUTAWAN PM CERY

"FOKUS KEPADA PERKARA YANG KITA BOLEH KAWAL"

Ini bermaksud kita hanya perlu fokus kepada sikap kita, tindakan kita dan masa kita. Jangan fokus kepada perkara yang kita tidak boleh kawal seperti masalah customer taknak beli dengan kita beli dengan orang lain dan banyak lagi. Senang cerita kita sentiasa konsistan dengan apa yang kita dah rancang dan yakin kita akan berjaya.


Semoga perkongsian saya memberi manfaat dan berguna kepada anda semua. Insya-Allah saya akan kongsikan lagi tips-tips untuk perniagaan di masa akan datang. Doakan saya kaya dan berjaya bersama anda semua.

Thanks for reading!


DOWNLOAD PERCUMA!!

Klik Gambar Untuk Download

Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Che'pah
018-3282544 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
latifah.fazri@gmail.com
FB : Latifah Sahhari

**Jika dirasakan entry ini memberi manfaat dan mampu mengatasi masalah rakan-rakan dan keluarga anda, Mohon tekan button Share dibawah ini. Mungkin ia akan membantu dan memberi kejayaan kepada mereka. Semoga anda kaya & berjaya!

No comments:

Post a Comment