11 Apr 2015

#Throwback - Kami Ke Aquaria KLCC



Assalamualikum WBT

Apa khabar anda semua?? Saya doakan anda sihat walafiat dan bahagia di samping keluarga tercinta. Apa perancangan anda sekeluarga pada hari minggu ni. Pasti anda sudah merancang untuk membawa anak-anak anda ke tempat-tempat rekreasi yang boleh mengembirakan hati mereka.


Sekiranya anda masih belum ada perancangan dan tidak tahu mahu membawa anak-anak anda kemana untuk berekreasi, saya mencadangkan anda untuk membawa mereka ke Aquaria KLCC. Pasti mereka akan gembira disamping boleh menambah ilmu pengetahuan mereka mengenai hidupan laut. Ikuti kisah kami ke Aquaria KLCC.


TIDAK TAHU MAHU KEMANA

Sebenarnya lawatan kami ke KLCC adalah pada bulan Januari yang lepas. Masa tu saya dan suami tak tahu nak pegi mana untuk membawa Syukri our little toddler pergi berjalan. Memandangkan Syukri sangat sukakan binatang terutama 'Fish'. Jadi kami membuat keputusan untuk pergi ke Aquaria KLCC.

Selama ni hanya tengok 'Fish' kat tv jer. Kali ni kami bagi die tengok yang real punya di Aquaria KLCC. Sepanjang berada disana Syukri sangat teruja dengan hidupan laut yang dia nampak. Tak sudah-sudah dia menyebut 'Fish!' 'Fish!' sambil tangan menunjuk-nunjuk kearah ikan yang dia nampak.

Syukri semakin teruja bila masuk ke dalam terowong under water. Mana taknya ada banyak ikan berenang-renang sekeliling dia. Bila tengok Syukri teruja dan gembira saya pun turut seronok melihat gelagat dan perkembangan Syukri. Syukur alhamdulillah Syukri membesar denga baik dan sempurna.

Ok, korang layan la beberapa gambar kami sepanjang berada disana. Beberapa jer, kalau nak letak semua puas la korang nak scroll sampai ke bawah. Hehehe...


Sebelum Masuk Ke Dalam Terowong Under Water




Keterujaan Bermula



Hi! saya pemilik blog. Ambaikan mata juling saya yer.. Hehehehe

Pic kanan tu ayah dah tak larat nak dukung dia. Tak reti duduk diam terpusing-pusing kiri kanan.


Selepas Keluar Dari Terowong Under Water

Syukri usha En. Penyu dan En. Penyu mengeluarkan diri sedikit

En. Penyu keluar dan statik di hadapan Syukri seketika. Tergamam Si Kenit tu..

En. Penyu pergi meninggalkan Syukri. Sob.. Sob..Sob..

Harga Tiket Masuk Ke Aquria KLCC

Kepada mereka yang belum pernah ke KLCC dan ingin tahu berapa ringgit harga tiket. Anda boleh rujuk dibawah yer. Maklumla kalau dah tahu harga tiket senang sikit kita nak budget kan. Kalau keluarga kecik macam kami takpe la boleh main terjah jer. Tapi kalau sekeluarga ade 7 orang, banyak juga budget yang nak kena sediakan.


Ini harga terkini selepas perlaksanaan GST. Masa saya pergi bulan Januari harga bagi tiket dewasa - RM38 dan Kanak-kanan (3-12 years old) - RM28 sahaja. Kalau korang nak tau maklumat lanjut seperti pukul berapa waktu feeding time atau pakej-pakej lain seperti aktiviti 'Sleep With Sharks Programme', 'Dive With Shaks' dan 'Cage Rage' anda boleh lawati website Aquari KLCC disini : AquariaKLCC

Ok, dah banyak sangat saya membebel ni. Jumpa anda di lain entri ya.. daaaa...


No comments:

Post a Comment