10 Apr 2015

Kebaikkan Dan Kelebihan Bersedekah



Assalamualikum WBT

Sedekah adalah amalan mulia yang sangat dituntut oleh Islam. Bersedekah dengan ikhlas akan menjanjikan ganjaran pahala buat kita. Bersedekahlah kita walau sedikit dengan seikhlasnya. Kerana dalam setiap rezeki dan harta yang kita miliki itu terdapat juga hak orang lain. Jadi, adalah lebih baik jika ia dikongsi dan dinikmati bersama. Sedekah seikhlasnya mampu meringankan beban seseorang dan menjauhkan diri kita daripada panas api neraka.


Rasulullah S.A.W bersabda
❝ Tidak akan kurang harta orang yang bersedekah ❞


Percayalah setiap pagi Allah SWT mengutuskan dua malaikat yang akan berdoa ❝ Ya Allah, kamu berikanlah ganti harta orang yang bersedekah dan kamu musnahkanlah harta orang yang bakhil ❞

Orang berniaga yang hendak perniagaannya menjadi maju hendaklah ia bersedekah.
Bersedekahlah sebaik-baik barang yang ada pada kita, Jangan kita menolak orang mula-mula yang meminta pada kita itu. Kerana kadang-kala yang datang kepada kita itu bukanlah manusia...

10 Kelebihan Bersedekah - 5 Didunia dan 5 Diakhirat

5 Kelebihan Didunia :
✔ Membersihkan Harta.
✔ Menyucikan diri kita dari dosa-dosa kecil. Dosa besar kena bertaubat.
✔ Menjauhi diri kita dari bala' dan penyakit.
✔ Mendatangkan kegembiraan kepada fakir miskin serta mengikis perasaan cemburu mereka kepada orang kaya.
✔ Allah AWT akan memberkati harta kita dan menambahkan rezeki yang tidak kita sangka-sangka.

5 Kelebihan Diakhirat :
✔ Sedekah akan menjadi payung atau perlindung kepada tuannya di akhirat (padang MSahsyar).
✔ Sedekah akan meringankan kiraan hisabnanti.
✔ Sedekah akan menambahkan berat timbangan (Mizan) kebaikkan kita nanti.
✔ Sedekah boleh mengangkat darjat tuan di syurga nanti.
✔ Memudahkan kita untuk menyeberangi Titian Siratulmustakim.

BACA, FAHAM, FIKIR DAN AMALKAN 



**Jika dirasakan entry ini memberi manfaat dan mampu mengatasi masalah orang lain, Mohon tekan button Share dibawah ini. Mungkin ia akan membantu mereka yang megalami masalah yang berkaitan.

No comments:

Post a Comment