8 Apr 2015

6 Tips Untuk Menjadi WAHM




Assalamualaikum W.B.T

Apa khabar anda semua. Saya doakan anda sentiasa sihat disamping keluarga tercinta. Entry saya kali ini saya ingin berkongsi beberapa tips untuk menjadi WAHM.

Zaman sekarang sudah menjadi trend bagi kalangan wanita-wanita muda yang berkelayakkan tinggi dan berkerjaya, berhenti dan meninggalkan karier masing-masing untuk membina perniagaan sendiri dari rumah.

Adakah anda mempunyai niat dan dilema yang serupa???

Mari ikuti beberapa tips dan perkara yang perlu anda pertimbangkan untuk menjadi WAHM (Working At Home Mother).


TIPS UNTUK MENJADI WAHM




1. Perbetulkan Niat Anda!
Ramai wanita diluar sana ingin menjadi WAHM. Tetapi ramai yang tidak tahu niat sebenar untuk menjadi WAHM. Secara fitrahnya kaum hawa merupakan golongan yang beremosi tinggi berbanding dengan kaum adam. Mereka mudah terikut-ikut dengan persekitaran. Sebagai contoh, Siti membeli kereta baru Aminah pun mahu beli kereta baru. Siti membuat keputusan untuk menjadi WAHM, Aminah pun membuat keputusan untuk menjadi WAHM.

Kembalilah kepada Allah SWT. Dirikanlah solat istikharah, Fikir betul-betul apakah niat kita yang sebenar untuk menjadi WAHM.

Sabda Rasulullah yang bermaksud :
" Sesungguhnya, setiap amalan itu bermula dengan niat. Dan bagi setiap orang itu apa yang dia niatkan. Maka barangsiapa yang hijrahnya kerana Allah dan rasul-Nya, maka hijrahnya adalah kerana Allah dan rasul-Nya. Dan barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia atau perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya adalah kerana apa yang dikehendaki.” (HR Bukhari dan Muslim)


2. Perancangan Yang Teliti
Buatla perancangan yang teliti. Fikirkan segala kemungkinan yang akan berlaku dapi pelbagai aspek dan sudut. Buat senarai pihak-pihak yang akan terlibat dalam dunia WAHM anda nanti. Perancangan mesti merangkumi jangka masa pendek, jangka masa sederhana dan jangka masa panjang. Buatlah perancangan satu persatu. Jangan gopoh dan tergesa-gesa.

3. Bincang, Bincang, Bincang
Selepas perancangan yang teliti. Tibalah masanya untuk kita berbincang dan membuat perbentangan bersama orang yang terdekat dan biasanya suami selain ibu dan bapa. Insya-Allah dengan perancangan yang teliti dan izin Allah SWT, anda akan dapat meyakinkan mereka. Biarlah waktu yang menentukannya. Buktikanlah kepada mereka bahawa anda bukanlah tin kosong tetapi WAHM yang hebat dan berjaya!.

4. Fikirkan Kerjaya Yang sesuai Dari Rumah
Bahagian ini sebenarnya termasuk di dalam perancangan tadi. Tidak semestinya untuk menjadi WAHM anda perlu berniaga. No, no, no, no. Yang paling penting anda kena fikirkan apa yang anda boleh buat dari rumah dan memenuhi minat anda. Menjadi WAHM akan menyiksakan sekiranya anda melakukan perkara-perkara yang anda tidak minat seperti data entry, online tutorial dan lain-lain lagi. Dengan itu, pada pandangan saya anda sudah tersasar dari konsep menjadi WAHM.

Walaupun perkara yang anda lakukan mendapat pendapatan yang tidak seberapa. Tetapi jika dilakukan dengan penuh minat. Tidak mustahil suatu hari nanti ia akan berkembang dan menjana keuntungan yang berlipat kali ganda. Percayalah!

5. Faktor Kewangan
Ramai diantara kita yang berfikir, selagi tidak mendapat pendatan yang setanding atau lebih tinggi daripada kerjaya semasa makan gaji. Adalah tidak relevan atau mustahil untuk menjadi WAHM. Salah! Ia salah sama sekali. Berdasarkan pengalaman saya sendiri yang baru mula berniaga kecil-kecilan. Keuntungan yang saya perolehi pada permulaan langsung tidak setanding malah tidak sampai 10% pun dari pendapatan saya ketika makan gaji.

Tetap ingatlah bahawa Allah SWT menjadikan rezeki yang berbeza bagi setiap manusia dan Allah SWT telah menjanjikan rezeki kepada kita. Tinggal hanya kita perlu mencari dan berusaha untuk mendapatkan rezeki tersebut. Alhamdulillah dengan itu pendapatan saya semakin bertambah setiap bulan.

Firman Allah dalam surah At-Talaq ayat 2 dan 3:
" Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar,Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya, Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya,Sesungguhnya ALLAH melaksanakan urusan yang dikehendakinya,Sesungguhnya ALLAH telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu".. 

6. Execute Atau Masa Untuk Bertindak!
Setelah semua langkah dilaksanakan satu persatu. Kini tibalah masanya untuk anda merealisasikan impian anda untuk menjadi WAHM. Sememangnya kita tidak akan tahu apa yang akan berlaku. Dengan segala perancangan yang telah dibuat, tawakallah kepada Allah SWT. Insya-Allah segalanya akan berjalan dengan lancar. Sudah menjadi adat kehidupan ada pasang dan surutnya. Sekiranya kita menghadapi masalah, cepat-cepatlah kita bangkit dan membuat penelitian semula pada perancangan yang ada.

Perbetulkan segala kesilapan. Jadilah yang terbaik untuk diri sendiri. Jangan pula hanya bermimpi yang indah-indah sehingga tidak mengambil langkah berjaga-jaga.

Firman Allah dalam Surah Al-Insyirah Ayat 5 dan 6
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.


JANGAN JADI ORANG YANG BERALASAN

Saya ingin tekankan kepada anda semua disini. Janganlah jadi orang yang sentiasa beralasan. Sbagai contoh :

"Dia boleh la jadi WAHM, suami dia kerja kerajaan dan masa depan terjamin"
"Dia dah stabil, ada bisnes, pendapatan pun dah 5 angka"
"Hubby dia gaji besar, boleh la tampung perbelanjaan keluarga sepenuhnya"

Jika anda mempunyai mindset yang macam ni. Jangan bermimpilah anda nak jadi WAHM. Asyik nak tengok orang lain jer.. Diri sendiri tak mahu rancang. Kalau rasa-rasa belum boleh jadi WAHM buat masa ni. Rancanglah untuk tempoh yang tertentu seperti 2-3 tahun akan datang ker.. Jangan asyik menuding jari pada orang lain.

Saya sendiri kalau anda nak tahu, bercita-cita untuk menjadi WAHM sejak dari waktu belajar di kolej lagi. Bila dah masuk alam pekerjaan, lagi lah tinggi hasrat saya untuk jadi WAHM. Bila dah bertahun-tahun kerja, tekad nak jadi WAHM. Pada tahun akhir perkhidmatan saya sebagai staff kontrak, terus buat perancangan teliti dan akhirnya dapat jadi WAHM. Faham???

Oklah cukup setakat ini. semoga ia memberi manfaat dan panduan untuk anda yang ingin menjadi WAHM.

Klik Gambar Untuk Peluang Menjadi WAHM

Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Che'pah

018-2232305 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]

latifah.fazri@gmail.com
FB : Latifah Sahhari

**Jika dirasakan entry ini memberi manfaat dan mampu mengatasi masalah orang lain, Mohon tekan button Share dibawah ini. Mungkin ia akan membantu mereka yang megalami masalah yang berkaitan.

No comments:

Post a Comment