24 May 2015

Set Bersalin Shaklee | Atasi Bengkak Susu Dengan Lecithin Shaklee



Assalamualaikum W.B.T

Saya pasti ramai diantara anda pernah mengalami masalah bengkak susu terutama kepada ibu-ibu muda. Saya sendiri pernah mengalaminya sewaktu berpantang dan menyusukan anak dulu.

Kali ini saya akan kongsikan bersama anda tips dan cara untuk mengatasi masalah ini dengan lecithin shaklee. Ini kerana ia boleh menjadi lebih teruk sehingga mengakibatkan anda demam atau terpaksa menjalani pembedahan. 



CARA MENGATASI MASALAH BENGKAK SUSU

1- Susukan bayi anda dengan lebih kerap. Pastikan bayi anda menyusu dari kedua-dua belah payudara bagi setiap kali sesi penyusuan.

Kalau boleh susukan bayi 2-3 jam sekali. Walaupun bayi sedang tidur. Cara yang terbaik susukan bayi sehingga payudara betul-betul kosong baru beralih ke payudara yang sebelah lagi.

Setelah 2-3 jam, susukan bayi kembali dengan payudara yang terakhir dihisapnya. Setiap kali mahu menyusukan bayi. Perah dahulu bahagian puting bewarna gelap (areola) sehingga ia menjadi lembut. Ini akan memudahkan anak kita menyusu. Jika tidak berbuat demikian areola akan keras dan sukar untuk dihisap bagi.

2- Ambil tuala panas dan letakkan pada payudara untuk memudahkan pengeluaran susu. Suhu kepanasan tuala tersebut akan melembutkan areola dan memudahkan penyusuan.

3- Sekiranya payudara terlalu penuh, anda boleh menggunakan breast pump untuk mengeluarkan susu tersebut. Susu yang diperah boleh disimpan didalam freezer.
Jika anda seorang suri rumah, jangan pump terlalu kerap kerana ia akan menggalakkan lagi berlakunya bengkak susu. Ini kerana jika anda pump lebih dari keperluan. Badan anda akan menghasilkan susu yang lebih dari keperluan bayi anda. Ini akan menyebabkan payudara mengeras kerana penghasilan susu yang banyak.

Sebaliknya jika anda ibu yang bekerja. Pump dengan kerap adalah baik untuk anda kerana dapat menghasilkan susu yang lebih dari keperluan bayi dan dapat disimpan sebagai stok untuk digunakan semasa anda sudah mula bekerja nanti.

4- gunakan sikat dan sikat payudara anda secara perlahan ke arah areola (bahagian gelap pada payudara).

5- Sapukan cuka masak disekeliling payudara kecuali bahagian areola untuk mengelakkan bayi enggan meminum susu.

6- Cara lain anda boleh mengambil lecithin shaklee untuk mengurangkan masalah bengkak susu anda. Menurut Dr. Jack Newman " it may do this by decreasing viscosity (stickness) if the milk by increasing the percentage of polyunsaturated fatty asid in the milk".

Dos yang dicadangkan adalah 3600 - 4800mg lecithin sehari. Satu kapsul shaklee mengandungi 1200mg. Boleh ambil 3-4 biji lecithin shaklee sehari. Selepas seminggu dan sakit sudah berkurangan. Anda boleh mengurangkan dos yang diambil.

Khasiat Lecithin Untuk Ibu Menyusu
  • Mengurangkan risiko bengkak susu dengan mencegah duktus tersumbat.
  • Membantu memecahkan lemak yang berlebihan kepada titisan yang lebih kecil di dalam badan ibu. pengambilan bersama alfalfa shaklee dapat membantu anda mengurangkan berat badan.
  • Membantu memperkuatkan memori ibu. Biasanya ibu-ibu akan menjadi mudah lupa selepas bersalin.
  • Secara tidak langsung khasiat lecithin dapat disampaikan kepada bayi melalui susu ibu. ianya bagus untuk perkembangan otak bayi.

PUNCA PAYUDARA MEMBENGKAK DAN SAKIT??

Secara lazimnya badan kita akan menghasilkan susu mengikut keperluan bayi.

bagaimanapun semasa permulaan bersalin. Payudara menghasilkan susu yang banyak. ini disebabkan badan kita belum biasa dengan jumlah susu yang diperlukan bayi.

Bengkak susu adalah berbeza bagi setiap wanita. Ada yang payudara menjadi sangat keras dan membesar dan ada pula yang penuh sedikit sahaja.

Sekiranya anda mula berasa tidak selesa akibat bengkak susu, berikan susu kepada bayi anda dengan lebih kerap dan insya-allah bengkak akan berkurangan.

lebih kerap anda dan bayi berlatih menyusu dengan lebih baik, lagi cepat masalah bengkak susu anda dapat diatasi.

Anda digalakkan menyusukan bayi anda walaupun payudara sedang membengkak. Ini kerana ia akan mengurangkan susu di dalam payudara dan akan melegakan anda.

Sekiranya bayi menolaknya atau sudah kenyang. Anda boleh perah dengan tangan menggunakan teknik marmet atau menggunakan breast pump secara perlahan.

Tanda-tanda bayi anda kelaparan adalah apabila bayi anda dalam keadaan resah, menghisap jarinya atau tercari-cari sesuatu dan menangis.

Saya nasihatkan kepada anda semua untuk menyusukan bayi anda secara ekslusif. banyak manfaat dan kebaikkan yang dapat diperolehi oleh anda dan bayi.

Saya juga mencadangkan anda untuk mencuba ESP shaklee. Boleh rujuk disini :
ESP Shaklee Bagus Untuk Wanita Bekerjaya

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Set Bersalin Terbaik sesuai ubtuk bersalin normal dan pembedahan, rujuk disini >>>>> Set Bersalin Lengkap

Berdasarkan pengalaman sendiri, ia sangat membantu dalam penyusuan bayi saya. 
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan anda boleh hubungi saya pada bila-bila masa.



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Che'pah untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
LATIFAH MD SAHHARI
Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire
Shaklee ID : 
1169847
latifah.fazri@gmail.com
018-328 2544 (SMS, WhatsApp,Telegram)
018-2232305 (Call)


**Jika dirasakan entry ini memberi manfaat dan mampu mengatasi masalah orang lain, Mohon tekan button Share dibawah ini. Mungkin ia akan membantu mereka yang megalami masalah yang berkaitan.


No comments:

Post a Comment