24 May 2015

ESP Shaklee | Khasiat Dan Tips Penyusuan Ekslusif



Assalamualikum W.B.T


Adakah anda ibu yang menyusukan bayi???
Tahniah saya ucapkan, kerana anda memberikan yang terbaik untuk si manja anda. Kali ini saya ingin berkongsi khasiat ESP shaklee dan tips penyusuan ekslusif untuk membantu anda menjayakan sesi penyusuan anda dan si manja.



Set Penyusuan Lengkap & Premium
Set Asas Penyusuan
**Setiap pembelian akan disertakan Jadual Pengambilan yang lengkap

Tempoh penyusuan si manja merupakan waktu terindah yang dilaui oleh ibu-ibu bersama bayi. Pada ketika ini ikatan ibu dan si manja sangat rapat sehingga sukar untuk dipisahkan. Susu ibu adalah terbaik untuk si manja sehingga kisah penyusuan ini di petik di dalam al-quran.


3 MASALAH UTAMA SERING DIHADAPI IBU MENYUSU

1- Puting Luka

Masalah ini sering berlaku terutama kepada ibu yang pertama kali menyusukan bayi. Puting susu akan berasa tidak selesa atau perit dan sakit untuk beberapa hari. Kenapa ini berlaku???

Kebiasaannya ia berlaku disebabkan gigitan bayi atau bayi menyedut terlalu kuat terutama bayi lelaki. Bagaimana cara untuk mengatasinya???

Untuk mengelakkan permasalahan ini, anda perlu belajat teknik posisi penyusuan yang betul. Jika anda tidak tertahan dengan keadaan tersebut, anda boleh sapukan susu badan pada puting untuk melegakan dan mempercepatkan penyembuhan luka tersebut.

Dulu, waktu saya menyukan Syukri, saya juga menghadapi masalah ni. Saya sapukan Nursing Butter pada puting susu. Dalam masa satu hari ia dapat melegakan kesakitan yang saya alami. Krim ni selamat untuk bayi. Ia tidak perlu dicuci untuk menyusukan bayi selepas kita meletakkan krim tersebut.


Selain itu anda juga boleh menggunakan nipple shield untuk mengurangkan kesakitan sewaktu penyusuan dan geselan pada baju.



2. Ketulan Sakit

Terdapat ketulan pada payudara. Ketulan ini boleh menyebabkan susu tersumbat. Jika ini berlaku anda boleh urutkan perlahan-lahan ketulan tersebut ke arah puting. Boleh juga menggunakan sikat, gerakkan sikat kearah puting susu. Anda juga boleh tuam ketulan tersebut dengan kain panas. Ini boleh disebabkan kerana anda memakai coli/baju dalam yang terlalu ketat.

3. Mastitis @ Jangkitan Payudara (Miss B)

Jika ketulan yang sakit dibiarkan ia boleh melarat menjadi Mastitis atau Jangkitan Payudara. Jika anda mengalami masalah ketulan pada payudata dan disertai dengan demam dan selsema. Dinasihatkan anda segera berjumpa doktor. Semasa mengalami permasahan ini, anda tidak perlu menghentikan penyusuan bersama bayi.


Sebenarnya terdapat banyak lagi permasalah yang mungkin dihadapi ibu-ibu. Tetapi ini merukan permasalah utama yang dihadapi ibu-ibu semasa tempoh penyusuan bayi. Permasalahan ini juga boleh diatasi dengan pengambilan Lecithin dan ESP Shaklee.

Lecithin boleh mengatasi masalah berlaku ketulan pada payudara. Boleh rujuk disini >>> Lecithin Atasi Bengkak Susu.

Esp Shaklee untuk meningkatkan daya tahan badan melawan penyakit untuk cepat sembuh.


8 TIPS PENYUSUAN YANG ANDA WAJIB TAHU

1- Ilmu Penyusuan

Saya pasti ibu-ibu menyimpan hasrat untuk menyusukan bayi sepenuhnya sehingga 2 tahun. Saya menyarankan ibu-ibu untuk mencari ilmu penyusuan ini sepanjang masa. Ibu-ibu boleh menyertai kelas-kelas penyusuan yang dijalankan oleh kaunselor-kaunselor yang bertauliah.

Belilah buku-buku yang berkaitan dengan penyusuan atau memasuki forum-forum penyusuan di internet. Anda juga memerlukan sokongan sepenuhnya dari pasangan dan kaum keluarga terdekat. Begitu juga dengan pergaulan bersama rakan-rakan yang mempunyai niat yang sama.

Insya-Allah anda akan berasa lebih mudah dan bersemangat dengan sokongan yang diberikan oleh mereka dan dikelilingi dengan rakan-rakan yang positif.

2- Mulakan Dengan Langkah Kanan

Mula amalkan segala ilmu penyusuan yang diperolehi. Susukan bayi dengan teknik posisi yang betul. Supaya bayi melekap dengan betul dan selesa.

Semakin kerap anda berlatih, semakin pandai dan semakin banyak pengalaman anda menyusukan anak. Practice makes perfect!

Ibu-ibu juga digalakkan tidur bersama bayi semasa tempoh penyusuan, supaya anda dapat menyusukan anak pada bila-bila masa sahaja. Tetapi anda perlu berhati-hati supaya tidah tertindih bayi anda.

Sekiranya anda ingin memberikan bayi anda susu badan yang sudah diperah dan disimpan (EBM). Anda digalakkan menggunakan picagari atau cawan khas. Ini kerana penggunaan puting botol susu akan membuatkan bayi anda keliru dan bayi anda akan menghadapi masalah keliru puting.

Sekiranya ini berlaku, bayi anda akan menolak puting ibu kerana mungkin lebih suka dan selesa dengan puting botol.

3- Simpan Stok Susu


Anda mesti bersedia mempunyai stok susu yang mencukupi. Ini sangat penting terutama kepada ibu-ibu yang bekerja. Semasa dipejabat, anda perlu disiplin memerah susu untuk kegunaan anak anda. Anda boleh menggunakan tenik marmet atau menggunakan pump susu.

Kenapa perlu simpan stok susu???

Stok susu penting sekiranya terjadi situasi diluar kawalan seperti ibu terpaksa pergi outstation atau mengalami demam yang akan memudaratkan susu.

Ini kerana ada diantara ubat yang diberikan doktor akan memberi kesan kepada kandungan susu ibu.

4- Peralatan Penyusuan Yang Lengkap

Sebolehnya ibu-ibu menyediakan peralatan yang selengkapnya untuk tempoh penyusuan. Beli peralatan yang penting sahaja. Anda boleh rujuk pada ibu-ibu yang berpengalaman atau membuat rujukan sendiri di internet.

Pengalaman saya sendiri, saya banyak membuat rujukan bacaan di internet dan forum-forum penyusuan. Beli peralatan yang penting dan betul-betul perlu sahaja. Ini kerana perlatan penyusuan agak mahal. Dengan ini kita boleh rancang dengan baik dan menjimatkan wang. 

5- Berbincang Dengan Majikan

Jika Perlu anda hendaklah berbincang dengan majukan supaya memberi anda sedikit masa untuk memerah susu. Ini penting supaya kehilangan anda semasa pemerahan susu tidak dipersoalkan.

6- Memerah Susu Di Pejabat

Sekiranya anda bekerja 8 jam sehari. Anda digalakkan untuk memerah susu 2-3 kali sepanjang tempoh anda bekerja. Jika anda bekerja overtime, anda perlu menambah sesi memerah susu.

Kuantiti susu badan bergantung kepada konsep 'Supply and demand'. Lebih kerap anda memerah susu, lebih banyak susu badan yang akan terhasil.

Jika anda tidak disiplin memerah susu atau culas, payudara akan kerap penuh dan badan akan kurang menghasilkan susu.

7- Kurangkan Tekanan

Ini penting terutama kepada ibu yang bekerja. Jika bekerja, anda memang susar untuk mengelakkan diri dari tekanan. Tekanan akan memberi kesan kepada kuantiti susu yang diperah. 

Dengan itu, untuk mengembirakan hati anda. Anda boleh menatap gambar anak anda sewaktu sesi pemerahan susu. Insya-Allah sesi perahan susu anda akan berjalan lancar.

Kawal stress anda yerr... anda boleh mengelakkan stress dengan pengambilan B-Complex Shaklee. Ia juga terkandung di dalam set penyusuan lengap dan premium.

8- Makan Secara Sihat

Semasa tempoh penyusuan, adalah penting untuk anda menjaga waktu makan anda. Sesibuk mana pun, jangan sampai tak makan yer.. Amalkan mengambil makanan yang berkhasiat untuk menjamin kualiti susu badan untuk si manja.

Pengambilan ESP shaklee juga sangat membantu. Esp shaklee akan memberikan khasiat yang anda perlukan dan membuatkan anda berasa kenyang.

Semasa penyusuan dulu, saya mengamalkan ESP shaklee setiap pagi. Alhamdulillah saya berasa lebih sihat dan bertenaga. Susu badan juga lebih pekat dan berkrim.


KHASIAT ESP SHAKLEE UNTUK IBU MENYUSU

  1. Membantu menambah kuantiti susu yang dihasil. ESP shaklee membekalkan khasiat yang lengkap untuk tubuh badan. Penghasilan susu ibu dipengaruhi oleh tubuh badan yang sihat.
  2. Memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Memberikan ibu tenaga dan mengurangkan rasa letih.
  3. Anda akan merasa kenyang walaupun makan sedikit dengan pengambilan ESP shaklee. Ini membantu dalam pengurusan berat badan.
  4. Membantu meningkatkan kualiti susu yang dihasilkan. Susu yang dihasilkan lebih berkhasiat dan lebih pekat. Ini akan membuatkan bayi cepat kenyang dan kurang meragam.
  5. Membantu meningkatkan daya tahan melawan penyakit. mengawal paras kolestrol dan menyokong lesihatan jantung dan prostat.

Sekian perkongsian kali ini. Diharap anda bersabar membacanya hehhe... Anda boleh mengamalkan tips diatas untuk menjayakan proses penyusuan ekslusif anda. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan set bersalin terbaik atau anda ingin mencuba ESP shaklee. Anda boleh hubungi saya seperti yang tertera di bawah. Semoga ia memberi manfaat kepada anda semua.. Saya menawarkan harga yang terbaik untuk anda!




Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Che'pah untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
LATIFAH MD SAHHARI
Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire
Shaklee ID : 
1169847
latifah.fazri@gmail.com
018-328 2544 (SMS, WhatsApp,Telegram)
018-2232305 (Call)


**Jika dirasakan entry ini memberi manfaat dan mampu mengatasi masalah orang lain, Mohon tekan button Share dibawah ini. Mungkin ia akan membantu mereka yang megalami masalah yang berkaitan.

No comments:

Post a Comment